Friday, September 2, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432h/2011

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, "Taqabballah Minna Wa Minkum" (Semoga Allah menerima amalan kebaikan (soleh) kami dan juga kalian)

Mohon kemaafan diatas segala keterlanjuran kata,
Perbuatan yang menyinggung semua pembaca,
semua itu adalah kekurangan kami sebagai manusia,
salam kemaafan

M Fatihee M Sanasi
Nur Syahida Bt Mohd Ariffin
Muhammad Anas Firdaus B M Fatihee
Muhammad Luqmanul Hakim B M Fatihee
..Labuan,1432h/2011



Wednesday, June 15, 2011

Pakcik Zaman..

Assalamualaikum,




Dah lama nak cari gambar kawan Abi, namanya Wan Mohd Norulzaman Bin Mohd Noor. Pakcik Zaman ni orang sekampung Abi; Kg Pasir Hor, Kelantan. satu sekolah masa sekolah rendah dahulu (tahun 1991-1996) di Sek Keb Pasir Hor.Anas sempat jumpa Pakcik Zaman masa di kelantan tempohari. lama dah kot tak jumpa. dari Anas kecil sampai anas dah 2 tahun 8bulan ni.



Pakcik Zaman dah kahwin dengan Makcik Adawiah (anak Imam Tok Ayah Wan Mat). Abi sempat candid gambar Pakcik Zaman ketika Abi ke KL untuk training. Abi sempat bermalam di rumah sewa Pakcik Zaman di Putrajaya..



Pakcik Zaman sekarang bertugas sebagai Penolong Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. Pakcik Zaman ni juga merupakan tempat rujukan Abi bila memerlukan input mengenai hukum tajwid. Abi selalu sebut Pakcik Zaman ni macam library hukum tajwid.



Monday, April 18, 2011

Luqman (5bulan) & Anas (2tahun 5bulan)

Assalamualaikum,


Buat pembaca yang sudi membaca blog Anas & Luqman.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi, Anas sudah berusia 2tahun 5bulan dan Luqman sudah berusia 5bulan.


Banyak perkembangan yang dapat dilihat pada Anas. Ibu sudah belikan Anas training pants untuk melatih Anas supaya bila buang air kecil dan besar Anas mesti cakap.


Berikut adalah beberapa perkara yang dilihat sebagai improvement oleh Anas:

-Pandai menasihat orang

-Tidak kisah bila orang tukar ke rancangan TV lain

-Bermain-main disurau (waktu orang solat)

-pandai tiup buble


Manakala adik Luqman pula, beberapa improvement yang diperhatikan:

-Tidur kena dodoi

-Suka main dan gigit cables (laptop cable, mouse cable..etc)

-Dah pandai naik walker

-Sudah mula makan bubur nasi (paling disukai bab minum air kosong sama bubur nasi)

tapi selalunya bila Luqman naik walker, Anas akan naik basikal.makanya akan berlaku perlanggaran yang disengajakan.Adik menarik nak basikal, si Abang akan menolak adik dengan kuat.last-last adik mengalah..

Sunday, March 20, 2011

20 March 2011 - Anas & Luqman

Assalamualaikum wbt..



Atuk dan Nenek sekarang berada di Mekah, menunaikan umrah. Anas dirumah bersama Ibu, Abi, Adik Luqman dan Pak Uchu. ni nak cerita sikit....

Cerita Anas,


Anas sudah berusia 2 tahun 5 bulan. Pandai dah mengenal binatang-binatang yang ditunjukkan diflashcard. kalau minta ulang, Anas boleh menyebut dengan betul..terutama "anak tupai", sebab lagu anak tupai ni adalah lagu dikir barat kelantan yang amat popular, dan ibu bersama kumpulan nurse-nurse x-ray pelatih semasa ibu di Johor dulu pernah membuat persembahan dengan lagu ini.

Cerita Luqman,

Luqman sudah berusia 4bulan lebih. Dah pandai berpusing badan meniarap tapi masih belum makan.hanya susu badan.beratnya tak berapa naik dan berapa turun, maintain. gigi belum tumbuh, tetapi dah ada rasa gatal-gatal gusi tu. sebab dia selalu gigit jari orang dengan gusi.

rambutnya dibelakang lambat sikit bertambah berbanding rambut diatas dan ditepi. Makan dek bantal kata orang tua-tua.

Friday, January 14, 2011

Anas dan Luqman...

Assalamualaikum wbt,

Sudah lama tidak bersentuh rupanya blog Anas ni. Bukan apa, seperti orang-orang lain juga kebanyakan masa digunakan untuk bermain dengan anak-anak. Perangai pulak berbagai-bagai....Anas dengan manjanya, Luqman dengan merengeknya.


Kebelakangan ini Anas tidur agak lambat. Pernah lambat sampai jam 2pagi . Penat Abi dan Ibu pusing satu Labuan dengan kereta nak bagi Anas tidur.

Luqman pulak, tak banyak sangat karenah cumanya selalu muntah selepas minum susu Ibu. Belakang digosok sampai "burp" pun masih juga muntah. Ada juga bertanya kepada pakar-pakar. Tetapi hampir kesemuanya mengatakan kedudukan bayi semasa menyusu. Tapi Anas dulu tak pun jadi macamni, kedudukan menyusu pun sama jugak...

Kadang-kadang... Anas jealous (maybe the right word) to explain bila Abi nampak Anas macam nak cucuk-cucuk kepala Luqman..Takut jugak kadang-kadang. tapi bila dibiarkan Luqman atas rocker, pastu minta di buaikan Luqman, pernah la di buaikan.
Tidur, tak boleh letak mereka sebelah menyebelah(macam dalam gambar tu la), Anas tu bukan tidur tu. Dia tak mahu tidur sebelah adiknya..hermm...Tapi adiknya suka bila duk sebelah..

Doa Abi dan Ibu, Semoga kedua-dua cahaya mata ini menjadi anak-anak yang beriman,berilmu,bertaqwa dan beramal soleh. Semoga fasih lidah dengan bacaan Al-Quran dan menjadi hafiz Al-Quran..Ameen Ya Allah

Wednesday, October 27, 2010

26 October 2010 - Kelahiran Muhammad Luqmanul Hakim & Hari Ulangtahun Perkahwinan Abi dan Ibu ke-3

Assalamualaikum,
Alhamdulillah tepat jam 1.03minit petang 26/10/2010, Ibu selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Muhammad Luqmanul Hakim seberat 3.1kg.
Tarikh 26 october juga adalah tarikh ulangtahun perkahwinan Abi dan Ibu. Syukur dan bertambah-tambah kesyukuran.

Thursday, October 14, 2010

14 October 2010 - BIRTHDAY ANAS

Assalamualaikum,

Hari ini, 14/10/2010 adalah hari lahir Anas yang ke-2 (2tahun). Alhamdulillah, Abi dan Ibu, Atuk dan Nenek sempat untuk membuat majlis harilahir Anas secara kecil-kecilan.
Majlis bermula dengan bacaan yassin, tahlil dan bacaan doa selamat. tetamu yang hadir adalah dikalangan anak murid Abi (anak murid mengaji).

Kek harilahir Anas adalah, Kek Fresh Cream Chocolate Chip with Barney Picture.
Anas juga ingin merakamkan terima kasih kepada pemberi hadiah seperti berikut:
1) Kak Alya, Makcik Nana dan Pakcik Adi - T-Shirt Ben10
2) Ucu Siti - Baju Mickey Mouse
3) Kak E-Chum, Nenek Nurse & Pakcik Nazrey - Kereta Mainan Yang Bergerak
4) Pakcik Arul, Makcik Rin dan Baby Haikal - Lorry Bomba
5) Semua yang memberi hadiah berbentuk wang tunai
6) Semua yang hadir


Sunday, September 26, 2010

Anas bersama Ybhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Assalamualaikum,

Anas berkesempatan bersama Ybhg Tuan Guru Dato' Dr Haron Din semasa beliau dijemput untuk membuat rawatan keatas 2 loji PETRONAS Methanol Labuan Sdn Bhd pada 23 Sept - 24 Sept yang lepas


Tazkirah selepas zohor

Majlsi Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Bacaan Doa Selamat

Friday, September 17, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2010

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini, Anas, Abi dan Ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010. Maafkan kami jika ada kesalahan kami secara sengaja atau tidak

Monday, September 6, 2010