Showing posts with label Pindah dan Menjahit. Show all posts
Showing posts with label Pindah dan Menjahit. Show all posts

Saturday, January 10, 2009

Ibu belajar menjahit...

Assalamualaikum w.b.t,


Berita Pertama:
Alhamdulillah harini (10.01.2009) Ibu dah start kelas belajar menjahit. Dah lama Ibu nak belajar menjahit tu. Buku2 menjahit dah di beli semasa Anas dalam kandungan lagi. tapi Ibu tak berkesempatan dulu kerana bekerja. Tetapi sekarang Ibu dah tak kerja lagi. Jadi full-time housewife a.k.a suri rumah sepenuh masa.

Anas tadi Abi bawa jalan-jalan ke pasar. Nak tenguk peluang perniagaan. hehee...Abi terfikir nak jual tudung-tudung dari Kelantan dan juga minuman special; Coconut Shake(famous kat kelantan ni).

Berita Kedua:
InsyaALLAH bulan February nanti Anas,Abi dan Ibu akan berpindah kerumah baru di Kampung Sg Bedaun (10minit perjalanan dari rumah Atuk sekarang). Rumah tu Abi beli dari Atuk. Rumah flat je tapi besar gak. So lepas ni kalau ada saudara-mara dari Malaya (Semenanjung), Netherland atau Kelantan nak datang Labuan, jangan susah payah nak sewa hotel ya. InsyaALLAH selagi termampu, boleh tinggal kat rumah Anas je ye.



Erm...berikut adalah gambar-gambar peralatan menjahit yang Ibu minta postkan di web ni. Barang-barang ini bukan untuk dijual ya...