Assalamualaikum,
Giliran Abi untuk menulis di blog Anas. Abi mulakan dengan tajuk yang berbentuk persoalan. Susah ke membesarkan anak (atau anak-anak bagi yang ramai anak?).
Abi mulakan dengan gambar Ibu semasa mengandungkan Anas. Masa gambar ni diambil, Anas sudah pandai menendang-nendang. Ibu masih larat pergi kerja. Morning sickness masa awal-awal 3-4 bulan melarat sehingga kadang-kadang Ibu ambil cuti sakit.
Ibu mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah Anas sudah berumur 8 bulan lebih didalam kandungan. Dan tibalah masanya Anas keluar kedunia.
Masa ni ada beberapa perkara yang unik (pada Abi la):
- Anas susah sangat nak bukak mata(tido la tu). Abi cuba paksa Anas bukak mata tapi Anas bukak jap, then tutup balik.
- Sarung tangan,sarung kaki,baju dan seluar semua bersaiz besar dari Anas. Cuba tenguk sarung tangan tu, memang selalu tercabut sebelah dan kalau angkat Anas je, tercabut kedua-dua sarung tu. Memandangkan Anas lahir dengan kilogram yang kecil (2.56kg) Abi rasa ok la tu.
- Pipi blushing. Mengikut kata-kata orang-orang Anas ni berkulit cerah seperti Ibu. Abi sedikit gelap(di akui benar). Jadi awal-awal lahir memang nampak sangat kemerahan ala ala warna pink.
- Anas bangun awal pagi dan tiada waktu tidur dan bangun yang khusus. Ibu dan Abi yang tiada pengalaman ni, merahla mata-mata diawal pagi. Abi plak kadang-kadang (tak selalu) terlewat ke office.
Abi tak pasti pengalaman diatas dilalui oleh semua orang atau tidak. Ada pernah Ibu bagitahu yang ada orang kampung yang terus bagi makan anaknya yang berusia belum lagi sebulan untuk memudahkan Anaknya tidur(rasanya mudahkan maknya tidur kot). Tapi end up masuk wad baby tu.
Cerita pasal susah ke tak membesarkan anak, pada Abi it depends on own experiences. Pada IbuBapa yang di anugerahkan puteri atau putera tanpa sebarang kesulitan, panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH SWT dan;
Juga pada IbuBapa yang ALLAH SWT anugerahkan putera atau puteri tetapi terpaksa melalui kesulitan diwaktu kecilnya, insyaALLAH akan digantikan ALLAH SWT dengan kesenangan dihari kemudian (Al-Inshirah : 4-5)
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan