Dah beberapa hari tidak berkesempatan mengupdatekan blog. Tajuk diatas agak precise to describe about Abi's and Ibu's daily activities.
Abi sudah tentu dengan kerja nya, keluar jam 7.00pg balik jam5.00ptg. Weekend pula jadi Tutor selama 2 jam di OUM. Alhamdulillah malam weekdays Abi berkesempatan mengajar beberapa orang kampung mengaji Al-Quran. Kadang-kadang kalau ramai sangat Atuk tolong jugak mengajar. Anas nak cuba mengajar tapi takut orang tak faham apa yang Anas cakap..

Ibu juga telah selesai belajar dan membuat Baju Kurung harini (21/01/2009) setelah mengikuti kelas kurang kebih 20jam (2 jam sehari). Setakat ini belum lagi dibuka untuk tempahan dan mungkin akan dipertimbangkan setelah Ibu mendapat Mesin Jahit idamannya.
Buat masa ni, mesin tumpang mesin jahit nenek..(seperti gambar dibawah)
Ibu nak beli mesin jahit jenama SINGER . Haritu Anas,Abi dan Ibu ada kekedai jual mesin jahit. Harga boleh tahan jugak, tapi takla mahal. InsyaALLAH ada kemapuan untuk beli. Lusa Ibu akan start belajar dan buat Baju Melayu untuk Abi plak. Esuk Ibu akan cari warna sesuai untukj Abi...
Apapun TAHNIAH Anas ucapkan kepada Ibu kerana telah berjaya membuat Baju Kurung dengan jayanya (potongan dan jahitan Ibu begitu teliti..mengikut pemerhatian Abi)