Atuk dan Nenek sekarang berada di Mekah, menunaikan umrah. Anas dirumah bersama Ibu, Abi, Adik Luqman dan Pak Uchu. ni nak cerita sikit....
Cerita Anas,

Anas sudah berusia 2 tahun 5 bulan. Pandai dah mengenal binatang-binatang yang ditunjukkan diflashcard. kalau minta ulang, Anas boleh menyebut dengan betul..terutama "anak tupai", sebab lagu anak tupai ni adalah lagu dikir barat kelantan yang amat popular, dan ibu bersama kumpulan nurse-nurse x-ray pelatih semasa ibu di Johor dulu pernah membuat persembahan dengan lagu ini.
Cerita Luqman,
rambutnya dibelakang lambat sikit bertambah berbanding rambut diatas dan ditepi. Makan dek bantal kata orang tua-tua.