Wednesday, July 21, 2010

Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Sabah, Sarawak dan WP Labuan (10-11 Julai 2010)

Assalamualaikum,

Satu kenangan yang Ibu dan Abi akan kenangkan sehingga akhir hayat...Anas bersama Abi semasa Abi di atas pentas...Anas tak ganggu Abi pun...duduk sambil mendengar..

Alhamdullillah Abi dapat tempat ke-3 (Kategori Hafazan) dan akan mewakili PETRONAS Wilayah Sabah/Labuan ke peringkat PETRONAS Kebangsaan di Bintulu pada 24-25 Julai 2010

Thursday, July 15, 2010

Majlis Khatam Al-Quran Nenek

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Nenek Anas telah khatam Al-Quran setelah hampir 4 tahun membaca secara talaqqi dengan Atuk dan Abi. Berikut adalah gambar2 kenangan semepena majlis Khatam Al-Quran di rumah Atuk..

Thursday, June 24, 2010

Anas kena sengat tebuan

Assalamualaikum,

Terkejut Ibu dan Abi kerana Anas menjerit tiba-tiba semasa sedang menyusu diatas kerusi. Rupa-rupanya, ada seekor tebuan dibawah kaki Anas. tup-tup, kena sengat. Tempat yang kena sengat tu seperti didalam gambar.

Atuk dan Abi terus bawa Anas ke hospital, dan kena injection anti serum. Malam tadi, Anas macam nak demam,terketar-ketar tubuh.

Keseluruhan kaki dan betis menjadi kera, macam otot kejang. Tapi Anas tak menunjukkan kesakitan. Mungkin dia bertahan


Sunday, April 25, 2010

Majlis Tilawah Al Quran dan Hafazan Peringkat PETRONAS Methanol (Labuan) Sdn Bhd

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Abi mendapat tempat pertama Kategori Hafazan di Majlis Tilawah Quran dan Hafazan peringkat PETRONAS Methanol Labuan pada 24 April 2010 (sabtu)
Semoga Anas juga dapat menghafal surah-surah dari dalam Al-Quran dan keseluruhan Al-Quran. Doa Ibu dan Abi pada Allah, Semoga anak-anak Ibu dan Abi menjadi anak-anak yang soleh solehah dan hafiz Al-Quran satu hari nanti.InsyaALLAH.

Sunday, April 18, 2010

1 Tahun 6 Bulan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..Anas sudah mencapai umur 1 tahun dan hampir kepada 6 bulan. Adik Anas pun sudah berusia 3 bulan dalam kandungan. Banyak perubahan pada diri Anas yang Abi nampak. Anas boleh mengikut perkataan-perkataan yang disebut pada nya; Anas mungkin boleh dikatakan cepat mengadaptasi pada keadaan.

Anas juga dah ada helmet sendiri..helmet ni diguna untuk membonceng motosikal bersama Abi. Biasanya Abi akan bawa Anas bersiar-siar dalam kampung setiap petang hari minggu..kadang-kadang Abi bawa Anas ke bandar dengan moosikal Kriss Abi..

Ooo..baru Anas teringat..kepada Ayah Long, Pakcik Wan dan Pakcik Mat, masihkan ingat pada motosikal warna biru ini. Atuk cakap, motosikal ni dibeli pada tahun 1984 (sama umurnya dengan Abi). Baru-baru ini, Abi, Pakcik Adi (suami Makcik Nana, sepupu Ibu) dan Atuk membaiki motosikal ini. Dah lama tak jalan motosikal Honda C90 ni. Alhamdulillah, motosikal ini telah diberi nafas baru..dapat hidup dan lihatlah keadaannya sekarang..macam tak percaya pulak dapat hidup...


Saturday, March 6, 2010

Kemahuan Adik Anas....

Assalamualaikum,

Anas ingin merekod beberapa kemahuan ibu semasa mengandungkan adik Anas ketika berusia 7 minggu (1 bulan 3 minggu):




1) Tak mahu makan nasi (ini bukan kemahuan)

2) Nak makan buah je...i.e : epal

3) Minuman : Air kichai (limau + asam boi), minuman manis2 je. Air kosong tak suka

4) Makanan utama : tiada..buah je buat masa ni


Ibu juga sentiasa loya dan ingin muntah setiap masa (walaupun jarang yang muntah). Pengalaman ini amat berbeza semasa mengandungkan Anas. ermm..ada kot, tapi lambat la sket. Ini terlalu awal...kembar kot..ops...


Bulan depan Ibu akan ke klinik Suria lagi untuk appointment dengan Doktor Lili. Rasanya dah boleh scan untuk tenguk adik Anas.

Aktiviti harian seperti sebelum ini agak terganggu sebab Ibu selalu rasa loya dan tak bermaya

Friday, February 26, 2010

Anas ke ofis Abi...misi ke 2

Assalamualaikum,
Kali ni Anas berkesempatan ke ofis Abi, menemani abi yang sedang buat kerja. Dulu masa Anas datang, baru pandai berjalan..tak banyak yang Anas dapat explore..kali ni..Anas ada misi tersendiri..bersiar-siar dalam pejabat tanpa kawalan peribadi..hehe

Senyuman...sebelum memulakan explorace...
Anas panjat tangga...sendiri. Untuk pengetahuan semua, Anas akan menaiki mana-mana anak tangga seperti ini. Anas belum pandai menaiki tangga dengan sempurna lagi
Anas bebas...bergerak dalam bangunan pejabat Abi..
Mana Abi ni?...
Jumpa aquarium pulak...








Saturday, February 20, 2010

Anas akan jadi abang tak lama lagi...

Alhamdulillah, Ibu mengandung lagi. Tadi pegi check kt klinik, doktor kata dh 5 minggu lebih dh. Expected delivery date ialah 21 oktober. Dekat2 je dgn birthday Anas. Moga2 semuanya berjalan lancar. Apa2 pun nnti Ibu akan update lg ya. Bye for now!

Sunday, February 14, 2010

Anas dan Dr Danial Bin Zainal Abidin

Assalamualaikum,
Kenalkah pembaca dengan siapa Anas bergambar ni?...
Beliau adalah Dr Danial Bin Zainal Abidin, merupakan seorang tokoh ilmuwan yang mendalami bidang Sains dan Islam. Seorang pengamal perubatan (Doktor) dan pada masa yang sama mendalami ilmu Islam.

Abi dan Anas menjadi tour guide semasa Dr Danial ke Labuan tempohari.Dr Danial datang bersama Makcik Salmiah (isteri) diatas jemputan PETRONAS Methanol (Labuan) untuk menyampaikan beberapa siri ceramah.

Antaranya ceramah yang sempat di sampaikan adalah "Islam dan Sains","The Golden Rules of Excellence, Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Labuan, kuliah magrib di Masjid Layang-Layangan dan ceramah motivasi di Kolej Matrikulasi Labuan.

Alhamdulillah, kami di Labuan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Dr Danial di Labuan. Daripada khutbah Jumaat hinggalah kuliah magrib, pertama kali melihat betapa ramainya umat islam hadir untuk mendengar. Sungguh di akui bahawa di Labuan agak kekurangan majlis-majlis ilmu. Bukan tiada langsung, cuma tak berapa kerap.

Alhamdulillah, sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur (to be exact Pulau Pinang), Dr Danial dan isteri berkesempatan singgah di rumah Anas..gambar ni diambil oleh Abi dirumah kami

Monday, February 1, 2010

Anas demam..

Anas kena demam sejak dua hari lepas. Badan panas2. Bagi makan ubat dia takmau. Menjerit2 dia bila nampak syringe. Hehe. Dan Anas teramat2 manja masa tengah demam ni. Melekat je dengan Ibu, takmau lepas. Kesian tengok dia lemah dan tak berapa bersemangat. Harap2 Anas sembuh cepat, Insyaallah..