Tuesday, November 25, 2008

Pengorbanan Ibu dan Abi...

Anas...Abi dan Ibu mendoakan Anas menjadi insan yang baik kepada semua orang di mana sahaja Anas berada dan juga menghormati semua Ibu-Ibu dan Bapa-Bapa di dunia ini.

Abi dan Ibu cukup merasa gembira dengan kelahiran Anas, dan kami mengharapkan Anas membesar dengan cepat dan bersekolah.

Dulu Abi dan Ibu hanya mendengar kata-kata orang bahawa, kalau ada anak kecil ni, memang tak dapat tidur malam. Sekarang baru Ibu dan Abi merasakan keadaan itu. Walaupun mengantuk, kami tetap bangun diwaktu awal pagi sewaktu Anas menangis nak minum.

Abi dan Ibu pasti semua Ibu-Ibu dan Bapa-Bapa di dunia ini pasti melalui keadaan seperti ini. Abi dan Ibu rakamkan entry ini dengan harapan bila Anas sudah besar, Anas dapat membaca entry ini dan ingatlah betapa kami menyanyangi Anas..

1 comment:

  1. Semua ibu tidak akan dapat tidur lena bukan sahaja bila anak mereka masih bayi tapi sehinggakan anak mereka mempunyai keluarga sendiri. Orang kata kasih sayang ibu berpanjangan hingga ke liang lahat, bila ditalkinkan akan di binkan dengan nama Ibu..............

    ReplyDelete