Pada tanggal 8 Zulhijah (6 Disember), jemaah haji akan bertolak ke Arafah.
Pada tanggal 9 Zulhijah (7 Disember), jemaah haji akan wukuf di Arafah. Wukuf adalah rukun haji. Tiada wukuf tiadalah haji. Wukuf atau Hari Arafah adalah sebaik-baik hari untuk seorang Muslim mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.
Saiyidatina 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda mafhumnya: "Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekaan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wukuf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka."
Bersama-samalah kita berpuasa pada Hari Wukuf kerana ganjarannya sangatlah besar. Jadi marilah kita berpuasa pada hari Ahad ini (7 Disember). Berdoalah banyak-banyak untuk keselamatan ibu bapa, saudara-mara dan kaum kerabat yang kini berada di Tanah Suci. Mereka sedang diuji Allah SWT di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan tatkala melontar Jamrah.
No comments:
Post a Comment