Sunday, April 26, 2009

Susahnya updating Blog

Assalamualaikum ...
Kebelakangan ni jarang berkesempatan mengupdatekan blog..Anas dah berusia 6 bulan lebih..berat dah 8.1kg (masih berat badan ideal)

Perkembangan Anas as of 26/04/2009:
  1. Dah boleh berpusing (meniarap)
  2. Dah boleh bercakap-cakap walaupun susah Abi dan Ibu nak faham
  3. Minum susu dah tak boleh pakai botol kecil, mesti 210ml keatas (kalau tak.... menangis)
  4. Akan makan apa sahaja yang didepan mulut
  5. Walker terpaksa diikat kerana bergerak terlalu laju
  6. muka makin bulat (comel)

Banyak juga perkara-perkara yang tidak diupdatekan antaranya:

  1. 3 minggu lepas Atuk dan nenek balik kampung Atuk di Gombak.
  2. Itik Atuk dah bertelur...banyak ..dekat 10 biji sehari (ada Nenek buat telur masin..sedap...)
  3. Minggu depan Nenek pulak akan dibedah di Hospital Likas

Masa email ni ditulis, Atuk, Nenek dan Pak Usu di Kota Kinabalu, menunggu hari Nenek di ward...

Abi dan Ibu dan Anas berada dirumah..ikut plan awal, kami nak joint bagi semangat pada Nenek, tapi Abi plak tak dapat..meeting..

Sampai berjumpa lagi...pyepye

4 comments:

  1. Mami baru dapat sms dari Atuk,beritahu tentang nenek admited di hospital KK...masa kat sini tempoh hari kami banyak berkongsi cerita..ia lah lama tak jumpa..tak tau pula nenek ada masalah kesihatan.. semoga everything will be o.k Insyallah..kirim salam mami sekeluarga pada nenek

    ReplyDelete
  2. Latest maklumat yang diterima Nenek akan di operate pagi esuk (28/04/2009).

    "Ya ALLAH Ya Rahman..kurniakanlah kekuatan dan kesembuhan kepada Nenek Anas..ameen"

    ReplyDelete
  3. Mudah2an nenek Anas selamat dlm pembedahan, Nampak nye nenek Anas tak boleh dukung atau jaga Anas berbulan lah sebab kena pantang lepas operation.Mama Anas belilah ikan haruan buatkan sup untuk nenek ....supaya cepat kering jahitan luar dan dalam, Insyaallah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum orang Labuan..

    Kirim salam buat Mak Uda dari kami di sini. Kak Emma sekeluarga doakan semoga cepat sembuh..

    Fatihee/Syida jgn lupa kirim telur masin ke sini dua tiga ketul..:) Dah lama tak makan telur masin ni! Lagi lah kalau organic.. Bayangkan je lah..

    ReplyDelete