Insyaallah esok Anas akan pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Sbnrnya tujuan asal Anas ke KK nk hadiri majlis nikah Pak Long Saiful (sepupu Ibu dan juga anak kepada Nek Maimunah dan Atuk Ismail - kebetulan pulak nama mereka ni sama dgn nama emak dan bapak atuk). Majlis nikahnya pada Jumaat, dan bersanding pada hari Ahad. Insyaallah Selasa depan baru Anas akan pulang semula ke Labuan. Orang kata sambil menyelam, minum air. Kebetulan dapat berkunjung ke KK ni, ambil la peluang utk jalan2 sekali kn. Ini pertama kali Anas akan naik feri penumpang (feri besar yg boleh bawak kereta tu). Harap2 semuanya akan berjalan lancar kelak. Nanti ada masa Anas akan post gambar untuk tatapan semua ya.Byeee..Tatatititutu..
No comments:
Post a Comment