Seperti yang semua maklum, Anas mengalami sakit Hernia sejak dari Anas lahir. Anas juga telah beberapa kali di rujuk kepada Doktor-Doktor Pakar di Labuan.
Disebabkan kesakitan tidak lagi dapat dibendung, dimana kaki Anas tidak dapat diluruskan kerana menahan sakit, Anas telah dimasukkan ke Damai Specialist Hospital di Kota Kinabalu. Anas diterbangkan bersama Ibu dan Abi menunggu di Kota Kinabalu dengan kereta.
Setelah berbincang dengan Surgeon Consultant, Dr Zamree, Anas terus dimasukkan kedalam wad untuk pembedahan segera..
Alhamduliullah semua berjalan lancar dan Anas telah selamat mejalani pembedahan selama 1 jam...
Kesian Anas kecik2 dah kena operate...Alhamdullilah dah selamat kan..Elok ibu Anas beli ikan Haruan dan buat sop supaya jahitan Anas cepat kering...Tok Taha bulan puasa tahun lepas kena operate -Hernia juga..
ReplyDeleteTapi bagus cepat2 operate, takut melarat sakit lain pulak..Anyway, take good care Anas semoga cepat sembuh..
Alah kesiannya Anas. Sure Abi dgn Ibu risau kan? Kak Emma boleh bayangkan mcmmana risaunya bila anak kecil sakit.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya okay. And Anas looks like a strong boy anyway. Recovery lagi senang bila baby dari org dewasa.
Kami di sini doakan agar Anas cepat sembuh and semoga Anas takkan lalui pengalaman sebegini lagi.
Selamat Hari Raya org Labuan!