Thursday, January 22, 2009

Cerita Abi dan Ibu

Assalamualaikum,

Dah beberapa hari tidak berkesempatan mengupdatekan blog. Tajuk diatas agak precise to describe about Abi's and Ibu's daily activities.

Abi sudah tentu dengan kerja nya, keluar jam 7.00pg balik jam5.00ptg. Weekend pula jadi Tutor selama 2 jam di OUM. Alhamdulillah malam weekdays Abi berkesempatan mengajar beberapa orang kampung mengaji Al-Quran. Kadang-kadang kalau ramai sangat Atuk tolong jugak mengajar. Anas nak cuba mengajar tapi takut orang tak faham apa yang Anas cakap..
Ibu juga telah selesai belajar dan membuat Baju Kurung harini (21/01/2009) setelah mengikuti kelas kurang kebih 20jam (2 jam sehari). Setakat ini belum lagi dibuka untuk tempahan dan mungkin akan dipertimbangkan setelah Ibu mendapat Mesin Jahit idamannya.

Buat masa ni, mesin tumpang mesin jahit nenek..(seperti gambar dibawah)

Ibu nak beli mesin jahit jenama SINGER . Haritu Anas,Abi dan Ibu ada kekedai jual mesin jahit. Harga boleh tahan jugak, tapi takla mahal. InsyaALLAH ada kemapuan untuk beli. Lusa Ibu akan start belajar dan buat Baju Melayu untuk Abi plak. Esuk Ibu akan cari warna sesuai untukj Abi...

Apapun TAHNIAH Anas ucapkan kepada Ibu kerana telah berjaya membuat Baju Kurung dengan jayanya (potongan dan jahitan Ibu begitu teliti..mengikut pemerhatian Abi)




4 comments:

  1. Assalamualaikum.. Wah.. Keluarga Labuan ni productive sungguh! Tahniah Kak Emma sekeluarga ucapkan-buat Syida dan Fatihee.. Memang rezeki anak betul nampaknya..
    Dah pindah ke belum? Nanti ada rezeki kitaorang memang akan gi melawat rumah baru Anas..
    Tapi tu lah. Kesian Anas.. Sakit pulak dia.. Insyallah demam/sakit tak lama. Itu tandanya dia nak membesar kot... Apa2 pun, Ibu Anas kena cukup rehat. Jangan nanti Ibu Anas pulak sakit!
    Good luck Syida dan Fatihee in everything you do.. Nampaknya life awak berdua dengan kehadiran Anas memang murah rezeki.. Slowly but surely kan?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,
    Pepindahan kerumah baru mungkin akan ditanggungguhkan buat sementara waktu. Rumah itu akan dibaiki dulu then disewakan untuk seketika.Buat masa ni akan menumpang dirumah Atuk& Nenek dahulu. Mungkin setelah Anas berumur setahun, then pindah kesana.

    Aa, Anas demam sebab nak membesar rasanya. Beside that, gigi anas juga mungkin sedang mengalami pertumbuhan,gudinya menjadi gatal untuk mengigit jari dsb.

    InsyaALLAH bila dah ada 3 orang, maka rezeki ALLAH juga untuk 3 orang. Itu yang selalu Abi tazkirahkan kepada Ibu, jangan takut dengan kekurangan sumber rezeki. Allah yang menetapkan semuanya. Jika 2 orang, maka 2 orang lah rezeki Allh anugerahkan. "Sempit rezeki" adalah kerana perkataan manusia sahaja.

    ReplyDelete
  3. Betul tu, rezeki akan Allah gandakan sekira umat nya bersyukur dan berusaha..melalui pengelaman hidup Mami dah tempuh semua tu..banyak kan sabar,berdoa..dan ingat kekayaan tu hak Allah..ramai pasangan muda yang tak faham tentang perjalanan hidup berkeluarga..tentang rezeki..dan keberkatan nya..

    ReplyDelete