Wednesday, July 1, 2009

Birthday Girl @ Mother


Its 1st July 2009.....Happy 24th Birthday to Ibu....This is the 1st time Anas celebrate Ibu's birthday. InsyaALLAH next time Anas will buy something for Ibu.

"O Our Lord, forgive me and my parent and all the Muslims on the day when the account will be established" (Surah Ibrahim : 41)

Tuesday, June 23, 2009

Macam-macam Anas pandai....

This is not exercise...... Anas nak belajar berdiri dengan sokongan katil Anas

Kalau ada masa terluang, Anas akan main laptop Ibu.....

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Di kesempatan ini Anas dan Ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada Abi dan bapa2 lain yg membaca blog ini. Besar sungguh jasa seorang bapa terhadap keluarga. Tanpa bapa, siapalah kita. Abi, we loveee you!!

Monday, June 15, 2009

Anas kena botakkan kepala..

Assalamualaikum,

Jika pembaca semua perasan rambut Anas, kebanyakannya tumbuh tak sekata. Setelah Abi dan Ibu berbincang dan ditambah pula pandangan kawan-kawan yang boleh dipercayai, Abi dan Ibu mengambil keputusan untuk membotakkan kepala Anas..



Uwaa....uwa...(Anas tak menangis, tapi terkejut dengan mesin rambut Abi)...



dan hasilnya...macamnilah kepala Anas sekarang. Moga rambut yang tumbuh lepas ni sekata...

Assalamualaikum.....

Anas didalam fery ...





Anas di Kenny Roger's, One Borneo Kota Kinabalu. Em...harga makanan kat sini boleh tahan jugak..








Anas dalam keta ngan Ibu. Abi duk drive...





Ni Anas ngan Abi semasa majlis Sambut Menantu di Labuan..(Anas duk study tu sebenarnya, nak exam tak lama lagi. Lagi 5 tahun)

Friday, June 5, 2009

Bermusafir bersama keluarga....

assalamualaikum ...

Berikut adalah perjalanan Anas ke Kota Kinabalu(KK)...
Dari W.P labuan, kami menaiki RoRo Ferry (seperti yang Ibu ceritakan) kerana kami akan menggunakan kereta..ke Menumbok, Sabah yang mengambil masa hampir 2 jam. RoRo ni seperti ferry dari Butterwoth ke Pulau Pinang tu je..
kemudian dari Menumbok kami akan menaiki kereta terus ke KK yang mengambil masa selama 2 jam (kalau laju sejam setengah dah sampai).
Sebenarnya ada pilihan untuk sampai ke KK dengan cepat, iaitu terus ambil Speed Boat to KK tapi tak boleh bawa kereta. Kami nak pergi jalan-jalan di KK tu.

Wednesday, May 27, 2009

Masa Cuti Sudah Tiba!!


Insyaallah esok Anas akan pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Sbnrnya tujuan asal Anas ke KK nk hadiri majlis nikah Pak Long Saiful (sepupu Ibu dan juga anak kepada Nek Maimunah dan Atuk Ismail - kebetulan pulak nama mereka ni sama dgn nama emak dan bapak atuk). Majlis nikahnya pada Jumaat, dan bersanding pada hari Ahad. Insyaallah Selasa depan baru Anas akan pulang semula ke Labuan. Orang kata sambil menyelam, minum air. Kebetulan dapat berkunjung ke KK ni, ambil la peluang utk jalan2 sekali kn. Ini pertama kali Anas akan naik feri penumpang (feri besar yg boleh bawak kereta tu). Harap2 semuanya akan berjalan lancar kelak. Nanti ada masa Anas akan post gambar untuk tatapan semua ya.Byeee..Tatatititutu..

Wednesday, May 13, 2009

Petronas Borneo Games



Jumaat ni Abi akan terbang naik 'belon' ke Miri, Sarawak untuk Sukan Borneo Petronas. Abi akan mewakili Petronas Methanol Labuan untuk sukan hoki. Kalau nak tahu, Abi mmg aktif main hoki sejak sekolah rendah lagi. Siap pernah jadi wakil negeri kelantan lagi dalam sukan ni. Sejak bekerja dgn Petronas, mmg tiap2 tahun Abi akan ikut serta dalam Borneo Games ni. Dekat dua bulan jugak Abi dan kawan2nya training petang2 utk games ni. Tp Ibu tak kisah sangat sbb time ni je la Abi akan bersenam. Kalau takde games ni, sure Abi tak bersenam punya. Apa2pun, semoga Abi dapat mbawa pulang kemenangan tahun ni (setelah 2 tahun tak menang apa2. Hehe...). Abi, we wish you all the best!!

Demam melanda semua



Assalamualaikum...



Lama rasanya tak update blog Anas ni. Harini Ibu dan Abi tak berapa sihat. Dua2 diserang selsema sekaligus. Dalam minggu lepas Anas kena selsema. Lepas Anas dah sembuh, terjangkit kat Atuk pulak. Skrg ni Ibu dan Abi pulak yg kena. Setiap masa kena bawak sapu tangan. Lepas tu asyik bersin saja. Hehe, kelakar jugak kalau tgk situasi kami skrg ni. Harap2 selsema ni akan reda tak lama lagi. Doa2kan kami cepat sembuh ya...