Saturday, January 31, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Fenomena Gerhana Matahari 26 January 2008
Alhamdulillah Anas berkesempatan untuk bersama Abi dan Atuk Solat Hajat Gerhana dan mendengar Khutbah Sempena Gerhana Matahari pada 26 Januari 2009 (Isnin) di Masjid Kerupang IOFC. Masjid itu adalah tempat Abi dan Ibu di ijabkabulkan.
Anas masa tu tidur selepas diberikan susu botol oleh Abi, tapi tiba-tiba terbangun dan muntah. mungkin tak sempat di tepuk belakang oleh Abi.
Apapun Anas rakamkan fenomena ini agar Anas dapat mengingatinya disatu hari nanti...
Thursday, January 22, 2009
Cerita Abi dan Ibu
Ibu nak beli mesin jahit jenama SINGER . Haritu Anas,Abi dan Ibu ada kekedai jual mesin jahit. Harga boleh tahan jugak, tapi takla mahal. InsyaALLAH ada kemapuan untuk beli. Lusa Ibu akan start belajar dan buat Baju Melayu untuk Abi plak. Esuk Ibu akan cari warna sesuai untukj Abi...
Apapun TAHNIAH Anas ucapkan kepada Ibu kerana telah berjaya membuat Baju Kurung dengan jayanya (potongan dan jahitan Ibu begitu teliti..mengikut pemerhatian Abi)
Saturday, January 17, 2009
Abi's Part-Time Job
Kalau tak silap Ibu, dalam hujung tahun lepas, Abi ada apply untuk jadi part-time lecturer ni. Alhamdulillah Abi dapat post tu. Kelas cuma Sabtu dan Ahad je. Itu pun bukan tiap2 minggu. Kalau tak silap Ibu, dalam satu semester, cuma ada 3 sesi je kut. Abi mengajar Islamic Banking dan apa tah lagi satu subject tu (maaf, Ibu tak ingat).
Dulu mmg Abi pernah bagitau Ibu yg Abi berminat nak jadi lecturer. Abi pernah jugak cakap nak berhenti kerja d Petronas dan kerja sebagai lecturer (dan di bangkang dengan serta merta oleh Ibu sbb Abi ada future dalam petronas. Manatau dalam 5-10 tahun akan datang Abi dapat jadi manager ke kan). Tapi Ibu mmg tak halang minat Abi dalam bidang lecturing ni. Ibu sentiasa sokong apa2 saja bidang yang Abi minat. Dan Ibu rasa mungkin Abi mmg ada bakat dalam bab2 mengajar ni sbb skrg pun Abi mengajar budak2, mak budak dan nenek budak mengaji setiap malam (kecuali hari Khamis, Sabtu dan Ahad).
Apa2 pun Ibu ucapkan all the best kepada Abi. Semoga Abi menjalankan tugas (dan amanah) ini sebaiknya.
Thursday, January 15, 2009
Anas demam dan mata berair...
Tuesday, January 13, 2009
Abi menulis : Susah ke Membesarkan Anak?
Giliran Abi untuk menulis di blog Anas. Abi mulakan dengan tajuk yang berbentuk persoalan. Susah ke membesarkan anak (atau anak-anak bagi yang ramai anak?).
Abi mulakan dengan gambar Ibu semasa mengandungkan Anas. Masa gambar ni diambil, Anas sudah pandai menendang-nendang. Ibu masih larat pergi kerja. Morning sickness masa awal-awal 3-4 bulan melarat sehingga kadang-kadang Ibu ambil cuti sakit.
Ibu mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah Anas sudah berumur 8 bulan lebih didalam kandungan. Dan tibalah masanya Anas keluar kedunia.
Masa ni ada beberapa perkara yang unik (pada Abi la):
- Anas susah sangat nak bukak mata(tido la tu). Abi cuba paksa Anas bukak mata tapi Anas bukak jap, then tutup balik.
- Sarung tangan,sarung kaki,baju dan seluar semua bersaiz besar dari Anas. Cuba tenguk sarung tangan tu, memang selalu tercabut sebelah dan kalau angkat Anas je, tercabut kedua-dua sarung tu. Memandangkan Anas lahir dengan kilogram yang kecil (2.56kg) Abi rasa ok la tu.
- Pipi blushing. Mengikut kata-kata orang-orang Anas ni berkulit cerah seperti Ibu. Abi sedikit gelap(di akui benar). Jadi awal-awal lahir memang nampak sangat kemerahan ala ala warna pink.
- Anas bangun awal pagi dan tiada waktu tidur dan bangun yang khusus. Ibu dan Abi yang tiada pengalaman ni, merahla mata-mata diawal pagi. Abi plak kadang-kadang (tak selalu) terlewat ke office.
Abi tak pasti pengalaman diatas dilalui oleh semua orang atau tidak. Ada pernah Ibu bagitahu yang ada orang kampung yang terus bagi makan anaknya yang berusia belum lagi sebulan untuk memudahkan Anaknya tidur(rasanya mudahkan maknya tidur kot). Tapi end up masuk wad baby tu.
Cerita pasal susah ke tak membesarkan anak, pada Abi it depends on own experiences. Pada IbuBapa yang di anugerahkan puteri atau putera tanpa sebarang kesulitan, panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH SWT dan;
Juga pada IbuBapa yang ALLAH SWT anugerahkan putera atau puteri tetapi terpaksa melalui kesulitan diwaktu kecilnya, insyaALLAH akan digantikan ALLAH SWT dengan kesenangan dihari kemudian (Al-Inshirah : 4-5)
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Saturday, January 10, 2009
Ibu belajar menjahit...
Berita Pertama:
Alhamdulillah harini (10.01.2009) Ibu dah start kelas belajar menjahit. Dah lama Ibu nak belajar menjahit tu. Buku2 menjahit dah di beli semasa Anas dalam kandungan lagi. tapi Ibu tak berkesempatan dulu kerana bekerja. Tetapi sekarang Ibu dah tak kerja lagi. Jadi full-time housewife a.k.a suri rumah sepenuh masa.
Anas tadi Abi bawa jalan-jalan ke pasar. Nak tenguk peluang perniagaan. hehee...Abi terfikir nak jual tudung-tudung dari Kelantan dan juga minuman special; Coconut Shake(famous kat kelantan ni).
Berita Kedua:
InsyaALLAH bulan February nanti Anas,Abi dan Ibu akan berpindah kerumah baru di Kampung Sg Bedaun (10minit perjalanan dari rumah Atuk sekarang). Rumah tu Abi beli dari Atuk. Rumah flat je tapi besar gak. So lepas ni kalau ada saudara-mara dari Malaya (Semenanjung), Netherland atau Kelantan nak datang Labuan, jangan susah payah nak sewa hotel ya. InsyaALLAH selagi termampu, boleh tinggal kat rumah Anas je ye.
Erm...berikut adalah gambar-gambar peralatan menjahit yang Ibu minta postkan di web ni. Barang-barang ini bukan untuk dijual ya...
Friday, January 9, 2009
Anas dah nak berjalan?
Kebelakangan ni Anas dah tak berapa suka kalau diletak dibawah(baring etc). Anas suka dipegang didalam keadaan berdiri. Anas dah pandai melonjak-lonjak keatas.
2 hari lepas Atuk dah nak belikan Anas walker, tapi habis plak kat kedai yang nak dibeli tu. Minggu lepas dah nak beli, tapi taukey kedai kata "kaki budak 2 bulan belum cecah lantai kalau pakai walker"..Tapi...Anas rasa dah boleh la cecah lantai. Kan ke baby walker tu boleh adjust...
Tapi dengar-dengar cite (dari Ibu) Atuk nak beli jugak tu nanti.hheehe
Wednesday, January 7, 2009
Isu ini bukan hanya kepada orang Palestin
“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”