Friday, January 2, 2009

Snake Atack!!

Untuk pengetahuan semua, Atuk ada pelihara ayam kampung dan juga itik d belakang rumah. Belakang reban ayam dan itik tu pulak adalah hutan. Sejak dua menjak ni, Atuk ada mengadu itik Atuk hilang. Rasanya dah 8 ekor itik Atuk hilang. Dan semalam, masa Pak Usu masuk tandas, dia terdengar bunyi itik bising2. Pak Usu pun bagitau Atuk pasal itik bising tu. Then Atuk dan Pak Usu pun pegi la check knapa itik tu bising2. Rupa2nya ada seekor ular sawa dah masuk ke kandang itik Atuk. Besar dan panjang jugak ular tu. Lepas fikir2 apa nak buat dgn ular tu, Abi pun call Bomba. Lepas 20 minit baru uncle2 Bomba dtg (agak lmbt jgk mereka sampai. Ibu dan Abi expect drg sampai lbh awal, tp mungkin sebab ni kes ular je, drg pun xde la kelam kabut nk dtg). Masa Bomba tu dtg, hujan tiba2 turun. Ibu risau jugak klau2 ular tu melarikan diri masa hujan turun. Tp uncle2 Bomba berjaya menangkap ular sawa tu dlm masa lebih kurang 10 minit. Garang jgk ular tu. Sempat lagi melawan. Tp pakcik2 Bomba tu dgn senang lenangnya dpt tangkap mak ular tu (nenek kata ular tu 'mak ular'. Bapaknya mungkin masih ada kt hutan blakang rumah Atuk). Sbnrnya sebulan dua yg lepas Atuk ada jumpa anak ular sawa tersangkut kat jaring lama Atuk. Agaknya anak ular tu adlh anak kepada mak ular yg kena tangkap semlm kut? Wallahualam..Kat bwh ni ada beberapa gmbr uncle2 Bomba in action.














10 comments:

  1. uish besar gak ular sawa tu. patut syida ambik kulit dia buat hand bag. hahaha. rumah i kat terengganu pun pernah masuk ular juga (rumah yg sewa dulu, bukan rumah skrg). Fireman Sam sampai lambat gak, ular tu dah pengsan kena simbah dengan clorox by my hubby masa tu. Hati2 ya...

    ReplyDelete
  2. Blakang rmh kami ni mmg hutan. So byk la makhluk Allah yg tinggal dlm tu termasuklah si ular sawa. Rasanya klau Abah tak bela ayam atau itik, ular tu takkan dtg ke kawasan rumah kami kut

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum orang Labuan..
    Drama suspen betul! Ishh.. Kalau Kak Emma memang dah panjat pokok kot! Panjang pulak tu ular dia! Kalau ada monyet, kirim ke sini seekor. Tapi baby dia lah.. :)
    Anas dah nampak besar. Mata pun celik je.. Nikmatilah saat2 dia tengah kecik ni. Ibu Anas pula, dah 100% recovered ke?

    ReplyDelete
  4. Ni bukan 1st time kami jumpa ular kat area rumah kami ni. Sblm2 ni pun dh byk kali jumpa ular kat kampung ni. Klau xsilap, ni kali ke-3 ular sawa bjaya d tangkap kt kampung ni. Kawasan sekeliling mmg hutan kan. Tp Mamat kata dia pernah nmpk ular sawa lg besar dr yg dlm gmbr ni kat kampung ni. Wlaupun ni pkara biasa, tp kecut perut jgk d buatnya. Kejadian tjumpa ular ni pun mbuatkan Abah lbh alert. Semlm itik2 tu bising lagi. Abah dan Zaki pegi tgk2 kat kandang itik tu, tp nmpknya xada apa. Zaki kata agaknya itik tu nampak hantu kut. Ada2 je la Zaki ni.
    Alhamdulillah Syida dh recover 100% dh skrg ni. Dh buat aktiviti mcm sblm mengandung dh. Tp jamu lepas bsalin masih ambik lg sbb haritu lmbt ambik jamu tu (Anas ada demam kuning sikit haritu. So, jamu tu xblh d ambik sehingga kuning Anas betul2 hilang). So smpai la umur Anas 2 bln setengah, Ibunya masih makan jamu lagi. Syida beli set lepas bsalin Amway sbnrnya. Dlm tu lengkap dgn bengkung, pilis, minyak urut, pil jamu, dll. Dlm tu dh dsediakan jadual bila nak makan jamu, bila nk minum teh herba dan sbgnya. Tp xblh nk ikut jadual tu dsbbkn demam kuning Anas. Tp apa2 pun, skrg Ibu dan anak dah sihat dan ceria :)

    ReplyDelete
  5. Baguslah tu.. Kak Emma pun guna jamu Amway. Tapi sebab C-section, tak guna apa sangat kecuali minyak urut dan mandi herba.. Sayang bazir. Nak simpan untuk next baby tak boleh. Expiration date 2009. Memang tak sempat lah.
    Anyway. Good luck Syida belajar menjahit. Sure susah nak tinggalkan Anas kat rumah nanti but it'll be nice for you to do something for yourself. Nanti boleh Kak Emma kirim jahit baju Lena tak?? Insyallah...

    ReplyDelete
  6. Hehe, apa salahnya. Bukan baju Lena je Syida jahitkan, baju Kak Emma pun Syida blh jahit skali (hehe, blum apa2 dh confident dah)

    ReplyDelete
  7. Baju cik ama sekali lah syida.Nak pergi kerja tak de baju baru ni ...

    ReplyDelete
  8. La, Cik Ama pun nak jugak? Buleh buleh. Hantar je ke sini. Syida 1 apa pun blum blajar ni. Masuk kelas pun blum. Nx week baru start blajar. Syida tlg jahitkan sarung bantal busuk utk Cik Ama nak tak? Hehehehe

    ReplyDelete
  9. Oooi you all ni cite pasal jahit baju pahal.. kan gambar ular tu.......hmmmmm... Uchu suggest suruh atok buat mini zoo kat belakang rumah. Ada ayam, itik dan ular juga, boleh jadi tourist attraction. Dengarnya kalau jual ular pun mahal juga harganya. Site business untuk atok sambil-sambil tunggu projek baru....

    ReplyDelete
  10. Ye la, lain kali klau ada ular dtg lagi, Syida suruh Abi tangkap ular tu, pastu buatkan kandang utk dia. Mau menjerit Mak sbb Mak geli dgn ular. Hihihi

    ReplyDelete