Wednesday, December 31, 2008

Little scratch on face

Assalamualaikum,

Erm...Recently Ibu dan Abi dah bagi Anas buka sarung tangan memandangkan Anas suka menghisap jari. Tetapi semalam masa Anas tido, Anas tercakar muka sendiri. berdarah-darah la jugak.

Tapi Anas tak menangis pun. Dah memang Anas yang buat.

Satu lagi Anas di takdirkan terkena Hernia (Burut). bengkak di "biji". Mengikut kata-kata Abi bengkak tu tak juga membesar dan tak juga mengecil. Sudah pergi ke Hospital tetapi doktor kata kes sebegini mesti di check di Klinik Kampung.errmm...last-last Atuk yang urutkan sendiri.


Doakan semoga Anas cepat sembuh ya...

Tuesday, December 30, 2008

Al-Fatihah...

Assalamualaikum..

Di kesempatan ini, Anas ingin merakamkan takziah kepada semua keluarga di Kuala Lumpur di atas pemergian Nek Ngah dan Nek Lang. Anas tidak berkesempatan berjumpa dengan kedua almarhummah walaupun telah ada perancangan awal untuk kesana.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Sunday, December 28, 2008

Cik Wan Balik Kampung

Assalamualaikum to alls,

Sorry for not updating the web for almost a week.


Cik Wan (Pakcik Azwan) balik kampung untuk tenguk Anas. Cik Wan kerja sebagai Pegawai di Jabatan Imigresen Johor Bahru.

Sunday, December 21, 2008

New look of Pasar Siti Khadijah


Assalamualaikum..

Anas juga berkesempatan ke Pasar Siti Khadijah di pusat bandar Kota Bharu..

tapi Anas tido...merah muka Anas..berpeluh-peluh badan Anas


Thursday, December 18, 2008

Anas pergi Jalan-Jalan

Assalamualaikum,
Semasa di Kelantan Anas sempat melawat Masjid Kampung Laut. Masjid yang tidak menggunakan satu pun paku kecuali di tempat yang tidak dapat dielakkan. Senibinanya yang unik menyerlahkan kesenian Islam lampau. sukar untuk melihat masjid kayu sebegini lagi sekarang

Mengikut signboard yang ditulis, Masjid ini telah di bina semula kerana faktor-faktor historical value. jika anda berkesempatan ke Kota Bharu, Anas cadangkan untuk anda semua melawat Masjid ini, berhadapan dengan Universiti Malaya, Nilam Puri.

Bila masuk kedalam Masjid, InsyaALLAH keadaan sekeliling membuatkan kita boleh khusyuk untuk solat. macam sepi kerana dindingnya adalah kayu.

Wednesday, December 17, 2008

Anas di Kampung

Alhamdulillah..

Setelah penat dalam penerbangan yang mengambil masa 2jam 30minit dari Labuan-KL dan 1jam KL-Kota Bharu, Anas selamat tiba di kota Darul Naim..Nenek, Tok Bah, Makcik dan Pakcik sambut kami di airport. Pertama kali Anas melihat mereka. selama ni hanya mendengar suara dari handphone. tu pun Anas yang menangis kuat.

Seperti dijangka, keadaan di KB masih dalam keadaan berjaga-jaga. 'Air termenung' masih kelihatan di kawasan kampung Pasir Hor. Hujan turun kadang-kadang dan suhu juga tidak menentu. Kalau hujan turun dengan lebat, mungkin air akan terus melimpah dari sungai berdekatan(Sg Lubuk Mulong).

Rumah Abi kelihatan agak lama. Memang rumah tu lama dah hampir 70tahun tak dibaiki. Atap rumah ada yang dah bocor-bocor dan angin kuat pada haritu juga menrbangkan sekeping zink didalam bilik nenek. Abi sempat tukarkan dengan atap edek(yang keras tu).

Disebelah kanan dan kiri rumah telah dipunyai oleh Cikgu Zaid. Dia mengusahakan kelas tusyen Al-Amin di Kubang Kerian dan akan berpindah lokasi kekampung Pasir Hor setelah siap pembinaan Kleas tu. Buat masa ini, kawasan itu dibina kandang kambing.

Ada satu peristiwa berlaku dikawasan tersebut pada satu malam hampir jam 12malam. 2 orang kanak-kanak adik beradik dilaporkan hilang. puas kedua ibubapanya mencari di sekitar rumah dan tiba-tiba di temui terperangkap dibawah kandang kambing tersebut. mengikut kata-kata kawan kanak-kanak tersebut dia melihat 'hantu raya' di kawasan tersebut. wallahualam..adakah benar atau tidak. hampir jam 1.30pagi barulah dapat semua orang kampung bersurai.

Penerbangan ke Kelantan 2008


Assalamualaikum wbt.

Buat pertama kalinya Anas balik kampung Abi di Kampung Pasir Hor, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Anas berada di Kelantan selama 8 hari bermula dari 6 Disember 2008 - 14 Disember 2008.

Bermula dengan penerbangan MAS dari Labuan-Kuala Lumpur jam 5.20pm dan tiba jam 7.50pm Anas dapat tidur lena didalam kapal terbang. sehinggalah Anas bangun untuk minta susu. Kakitangan MAS banyak membantu tetapi biasala pasti ada sedikit kekurangan. Ibu ada minta dorang pasangkan bed untuk bayi, tapi sampai KLIA takda plak dorang pasang. Susu yang Ibu minta dorang panaskan juga mendapat masaalah. Punyalah panas susu tu, rupanya dia rendam dalam air panas lama sangat. Anyway, sebagai pengajaran next time need to inform them yang tak perlu rendam lama-lama.

Di KLIA Anas menunggu lebih kurang 3jam untuk flight KL-Kota Bharu. Penat jugakla Abi dan Ibu. Ibu solat and Abi jaga Anas, bergilir-gilirlah mereka jaga Anas. Ermm...kebetulan masa tu Mawi (ala penyanyi AF tu la) ada lalu dihadapan kami. hheee..Anas tak minat dia, so takda Anas bagi respond.

Dan kebetulan pada masa yang sama, shah rukh khan juga ada di KLIA, baru tiba agaknya untuk ke Melaka menerima anugerah 'Datuk' dari kerajaan Melaka.

(gambar-gambar nanti Anas uploadkan kemudian ya)

siri seterusnya akan datang tak lama lagi

Sunday, December 14, 2008

Journey to Kelantan

Assalamualaikum,
To all readers.... we will come back soon with story of experiences in Kelantan.

Saturday, December 6, 2008

Hari Wukuf di Arafah...

Assalamualaikum,
Pada tanggal 8 Zulhijah (6 Disember), jemaah haji akan bertolak ke Arafah.

Pada tanggal 9 Zulhijah (7 Disember), jemaah haji akan wukuf di Arafah. Wukuf adalah rukun haji. Tiada wukuf tiadalah haji. Wukuf atau Hari Arafah adalah sebaik-baik hari untuk seorang Muslim mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Saiyidatina 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda mafhumnya: "Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekaan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wukuf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka."

Bersama-samalah kita berpuasa pada Hari Wukuf kerana ganjarannya sangatlah besar. Jadi marilah kita berpuasa pada hari Ahad ini (7 Disember). Berdoalah banyak-banyak untuk keselamatan ibu bapa, saudara-mara dan kaum kerabat yang kini berada di Tanah Suci. Mereka sedang diuji Allah SWT di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan tatkala melontar Jamrah.

Friday, December 5, 2008

Now & Then



Tengok la gambar Anas masa baru lahir dengan gambar dia sekarang. Jauh bezanya. Dulu masa baru lahir berat Anas cuma 2.56kg je. Pertengahan bulan lepas, berat dia dah 4.5kg dah. So dlm sebulan lebih, berat dia dah bertambah 2kg. Boleh tahan anak Ibu ni. Anas minum susu Ibu sepenuhnya. Agaknya tu la sebabnya berat dia cepat bertambah kut.

Time Is Running Out...

Esok dah nak terbang dah. Tapi Ibu belum packing apa2 pun. Entah la knapa. Nak kata malas tak jugak. Rasa semangat jugak nak balik kampung Abi ni sebenarnya. Malam ni la packing2 baju. Tapi Ibu ni memang jenis last minute person. Dah last2 baru nak kelam kabut. Dah jadi habit dah kut.

Memandangkan kat Kelantan masih hujan2 lagi, rasanya Ibu tak bawak lampin kain Anas balik sana kut. Anas kalau kat rumah biasa pakai lampin kain je. Kalau jalan2 baru pakai pampers. Rasanya balik kampung Abi ni Ibu bawak pampers je la. Kalau bawak lampin kain, kang susah plak nak keringkan time2 hujan ni kan. So bawak pampers je la untuk memudahkan urusan kerajaan. Hehe.

Dan ni la 1st time Ibu dan Abi bawak Anas jalan jauh. Naik kapal lagi. Harap2 Anas ok je dlm plane nanti. Mana Ibu nak kena perah susu lagi. Macamana la agaknya nanti ya. Harap2 semuanya berjalan lancar la nanti, Insyaallah.

Thursday, December 4, 2008

Muhammad Anas Firdaus







Nek Cu ada tanya kenapa semua gmbr Anas dlm blog ni masa dia tengah tutup mata. So sini ada beberapa gambar Anas - sambil bukak mata, untuk tatapan Nek Cu dan semua.

i'm lovin' it!!











Tengahari tadi Ibu bawak Anas makan di mcD(Anas tak makan pun sebenarnya, blum bleh makan lagi). Pak Usu dan Ucu Siti pun ikut sekali. Tapi sayangnya Anas tidur sepanjang kami makan di mcD. Dia ni memang suka tidur kat tempat sejuk. Biasanya kalau Ibu dan Abi bawak dia jalan2 d UK pun, dia akan tidur sepanjang masa. Pak Usu siap bawak baby carrier lagi utk angkat Anas. Hehe, ada ciri2 bapa mithali.

Ibadah Korban...

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

InsyaALLAH hari raya nanti Abi akan melaksananakan Ibadah Korban di Kampung TokBah(abah Abi)

Wednesday, December 3, 2008

Announcement : Anas akan balik Kelantan kampung Abi

Assalamualaikum..
InsyaALLAH anas akan pulang buat kali pertama ke negeri Darul Naim pada 6 Disember 2008 (Sabtu) selama 1 (satu) minggu.

Mengikut maklumat terkini yang diberitahu oleh NekMa (nenek Kelantan), keadaan rumah di kampung banjir teruk. Harap-harap Anas dapat menerima perubahan cuaca Labuan-KL-Kelantan nanti.

Abi dan Ibu juga akan bawa Anas melawat kampung NekYang(Emak Atuk) di Kuala Lumpur pada 12 Disember 2008(Jumaat) nanti.

Kepada semua yang mahu jumpa Anas bolehlah mendapatkan maklumat terkini Anas di website ni...

Monday, December 1, 2008

Abi dah install Streamyx kt umah

Assalamualaikum...

Hari ni 1/12/2008 Abi dah dapat install streamyx kat umah. lepas ni Anas boleh la post entry tiap2 hari.

Abi install tenet sebagai hadiah untuk Ibu yang sanggup berhenti kerja dan jaga Anas.

Pasni jugak harap-harap dapat Yahoo Messanger dengan semua kaum kerabat di Semenanjung tak juga lupa kepada Makcik Ema di Netherland sama Lena Imani..

Friday, November 28, 2008

Anas kena gigit nyamuk

Assalamualaikum...

Di Labuan sekarang hujan turun agak lebat tak kira waktu. Nyamuk pun banyak berkeliaran di dalam rumah. Abi dan Ibu perasan Anas kena gigit nyamuk sebab kulit dah jadi merah-merah..

Tuesday, November 25, 2008

Pengorbanan Ibu dan Abi...

Anas...Abi dan Ibu mendoakan Anas menjadi insan yang baik kepada semua orang di mana sahaja Anas berada dan juga menghormati semua Ibu-Ibu dan Bapa-Bapa di dunia ini.

Abi dan Ibu cukup merasa gembira dengan kelahiran Anas, dan kami mengharapkan Anas membesar dengan cepat dan bersekolah.

Dulu Abi dan Ibu hanya mendengar kata-kata orang bahawa, kalau ada anak kecil ni, memang tak dapat tidur malam. Sekarang baru Ibu dan Abi merasakan keadaan itu. Walaupun mengantuk, kami tetap bangun diwaktu awal pagi sewaktu Anas menangis nak minum.

Abi dan Ibu pasti semua Ibu-Ibu dan Bapa-Bapa di dunia ini pasti melalui keadaan seperti ini. Abi dan Ibu rakamkan entry ini dengan harapan bila Anas sudah besar, Anas dapat membaca entry ini dan ingatlah betapa kami menyanyangi Anas..

Monday, November 24, 2008

Horeii...dapat jalan-jalan dengan Abi dan Ibu

Harini Anas sudah dapat jalan-jalan dengan Abi dan Ibu ke bandar. Anas ada baby car sitter sendiri.

Best jugak dalam keta Abi ni, sampai tertido-tido Anas. Ibu kat sebelah, duk ambil gambar Anas. Ibu dah habis pantang dah semalam. Tu yang dapat bawa Anas keluar.

Thursday, November 20, 2008

Anas merengek...


Assalamualaikum,

Kebelakangan ini Anas selalu merengek dah bagi susu, masih merengek juga. Letih juga Ibu menjaga tapi tak apa, alah bisa tegal biasa.


Selepas beberapa ketika, Abi dan Ibu dapati Anas sukar untuk minum dari susu sebelah kanan Ibu, walaupun dah beberapa kali cuba bagi, Anas tetap rasa macam sukar. Terpaksalah Ibu guna pump..

Monday, November 17, 2008

Anas kena Injection di peha


Assalamualaikum,

Harini Anas dibawa ke hospital oleh Ibu dan Abi, lama jugak tunggu turn baru dapat kena check. klinik Durian Tunjong pindah sementara ke klinik Lajau.

Setelah di timbang berat Anas sudah 4.5KG dan panjang(tinggi) 50cm lebih ...wah...ini sudah diluar jangkaan Abi dan Ibu. Alhamdulillah, syukur Anas sudah besar dan Abi dan Ibu memang nak Anas cepat besar dan boleh cepat masuk sekolah.

Thursday, November 13, 2008

Anas 30 Hari

Alhamdulillah,

Hari ni 13/11/2008 Anas sudah berusia 30 hari atau dengan ayat lain, 1 month. Kebelakangan ni, Anas kuat minum susu di waktu malam dan awal pagi. Mengantuk Ibu dan Abi di buatnya.
Di sertakan gambar kaki Anas yang Ibu kata comel. Kaki ni selalu menendang-nendang ni kalau lapar dan menangis.

Tuesday, November 4, 2008

Anas sudah pandai senyum...

Alhamdulillah...
Anas sudah pandai senyum sekarang, tapi kalau nak tenguk Anas senyum kena usik Anas dulu. kalau salah usik, anas nangis..

nanti Abi uploadkan gambar senyum Anas ya..

Hari lahir nenek ke-56

Alhamdulillah,
2 November 2008 (Ahad) yang lepas Anas dapat menyambut hari lahir nenek yang ke-56 bersama-sama dengan Abi,Ibu,Atuk dan Paksu.

Tapi masa tu Anas tidur je,tiada orang kejutkan pun...
kedengaran Atuk memimpin bacaan selawat dan doa pada najlis tersebut

anyway...SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR DAN MEMBERKATI NENEK...

yang selalu mandikan Anas dan main-main ngan Anas masa Ibu letih...

Thursday, October 30, 2008

Abi di KL hari kedua dan terakhir...

Alhamdulillah,

Sudah masuk hari kedua (30/10/2008) Abi berada di KL untuk SAP Competency Training ni. Anas masih tidur dengan ibu ke?.

InsyaALLAH flight petang ni dari KL jam 6.20ptg sampai around 8.15mlm kat Labuan. Di KL ni jumpa dengan Kak Shaz(anaknya Hafiz) yang dalam transmission period PML ke GMPM KL.

Tak sabarnya nak balik tenguk Anas....

Wednesday, October 29, 2008

Abi kursus di KL...

Assalamualaikum,

(curi masa rehat untuk posting this entry)

Harini (29/10/2008) Abi datang KL untuk training, rupanya kami 10 orang identified as expert user for Services Modules, Alhamdulillah...rezeki ALLAH SWT

sedih jugak bila teringatkan Anas yang sudah berusia 16hari dah. mesti dan bertambah besar seinci kan Anas kan?masih tidur ke Anas?..

Anas ngan Ibu kat umah sihat ke?

Monday, October 27, 2008

Cabaran dan dugaan dalam tempoh setahun

Alhamdulillah,

Sedar tidak sedar telah masuk setahun perkahwinan saya dan isteri. Bagi yang tidak sempat hadir di majlis kami Labuan atau Kelantan, di sertakan gambar kahwin kami.


Bagi yang juga seusia perkahwinan dengan kami, pastinya berbagai kemanisan dan tak lupa juga dugaan yang dirasai. Apatah lagi yang sudah lama-lama bersama.


Kami bersyukur dianugerahkan "qurratu a'yyun" penyeri hidup kami, Muhammad Anas Firdaus pada 14 Oktober 2008 yang lepas.

Terasa berbeza sangat kehidupan sekarang. Ibunya selalu bangun malam untuk memastikan Anas dapat minum susu setiap 2 jam.
Saya pula, bangun-bangun tido sebab kadang-kadang keletihan..


"Ya ALLAH,
Jadikanlah anak kami anak yang berilmu pengetahuan, beramal soleh,beriman,berakhlak mulia,bertaqwa kepada Mu Ya ALLAH,
Fasihkanlah lidah anak kami dengan bacaan Al-Quran Ya ALLAH.."

Ulang Tahun Perkahwinan Abi dan Ibu yang Pertama 2008

Alhamdulillah, semalam 26 October 2008 merupakan hari ulang tahun perkahwinan saya dan isteri tersayang. sempat kami plan beli kek Black Forest..

Sedap gak kek ni..harga boleh la....

Kalau ikut hari, Anas juga sudah 18 hari. Makin besar dah sikit nampak badannya. Susu badan dari Ibunya...

Anas bercukur...

Alhamdulillah, setelah sehari berlangsungnya majlis aqiqah Anas kami dapat melaksanakan sunah ke-2 iaitu bercukur.

Anas sedang di mesin rambutnya itu sebenarnya sedang tidur. Anas ni kalau mandi ke,susu badan ke, memang selalu tidur.Kalau bangun je mungkin kelaparan,buang air dan dsb...


Selepas di botakkan, Abah letak bedak bagi rambut-rambut lekat kat bedak, takla jadi gatal ngat.


Tak banyak la Anas tendang-tendang mungkin best kot kami mesin rambutnya. Dekat 30 minit then kami selesai membotak kan rambutnya. dan hasilnya...






Hah Anas, masih lagi tidur tu..

Sunday, October 26, 2008

Majlis Aqiqah Anas

Alhamdulillah telah selesai majlis aqiqah Anas pada 25 October 2008 (Sabtu). Sembelih seekor kambing yang di beli di Kg Bukit Kuda. Kambing tu selesema sket,mungkin sebab cuaca di Labuan yang panas lembap panas lembap.


Mak dan orang kampung masak:
  1. Daging kambing masak kuah satay
  2. Kari Ayam
  3. Salad sayuran

Abah plak masak:

  1. Nasi Minyak
  2. ++goreng ikan

Kedatangan buleh di katakan ramai jugak.penuh rumah di wing belah bawah dan wing untuk wanita..thanks semua


Tak lupa juga kawan-kawan saya dan Syida yamg datang membawa hadiah untuk Anas, terima kasih...





esuk anas akan kena cukur ...

Thursday, October 23, 2008

Kelahiran cahaya mata...


Assalamualaikum,

Jam 6.00 pagi terkejut sudah ada "baby" kat atas tilam...

Sebelum tu,Syida ada mengadu sakit-sakit di bahagian peranakan tapi tak sangka pula itu tanda-tanda dia dah nak bersalin.


Dalam pukul 5 pagi, Syida dibawa keluar oleh nurse dari bilik 1st Class tempat kami stay malam tu untuk check bukaan pintu rahim.

Then nurse masuk room minta baju baby, katanya dah nak keluar baby tu..

After Subuh prayer, baca Al-Quran and doa moga-moga di permudahkan segalanya...

Alhamdulillah, at 5.32 morning she delivered 2.56kg baby boy - named Muhammad Anas Firdaus Bin Mohd Fatihee