Friday, February 26, 2010

Anas ke ofis Abi...misi ke 2

Assalamualaikum,
Kali ni Anas berkesempatan ke ofis Abi, menemani abi yang sedang buat kerja. Dulu masa Anas datang, baru pandai berjalan..tak banyak yang Anas dapat explore..kali ni..Anas ada misi tersendiri..bersiar-siar dalam pejabat tanpa kawalan peribadi..hehe

Senyuman...sebelum memulakan explorace...
Anas panjat tangga...sendiri. Untuk pengetahuan semua, Anas akan menaiki mana-mana anak tangga seperti ini. Anas belum pandai menaiki tangga dengan sempurna lagi
Anas bebas...bergerak dalam bangunan pejabat Abi..
Mana Abi ni?...
Jumpa aquarium pulak...








Saturday, February 20, 2010

Anas akan jadi abang tak lama lagi...

Alhamdulillah, Ibu mengandung lagi. Tadi pegi check kt klinik, doktor kata dh 5 minggu lebih dh. Expected delivery date ialah 21 oktober. Dekat2 je dgn birthday Anas. Moga2 semuanya berjalan lancar. Apa2 pun nnti Ibu akan update lg ya. Bye for now!

Sunday, February 14, 2010

Anas dan Dr Danial Bin Zainal Abidin

Assalamualaikum,
Kenalkah pembaca dengan siapa Anas bergambar ni?...
Beliau adalah Dr Danial Bin Zainal Abidin, merupakan seorang tokoh ilmuwan yang mendalami bidang Sains dan Islam. Seorang pengamal perubatan (Doktor) dan pada masa yang sama mendalami ilmu Islam.

Abi dan Anas menjadi tour guide semasa Dr Danial ke Labuan tempohari.Dr Danial datang bersama Makcik Salmiah (isteri) diatas jemputan PETRONAS Methanol (Labuan) untuk menyampaikan beberapa siri ceramah.

Antaranya ceramah yang sempat di sampaikan adalah "Islam dan Sains","The Golden Rules of Excellence, Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Labuan, kuliah magrib di Masjid Layang-Layangan dan ceramah motivasi di Kolej Matrikulasi Labuan.

Alhamdulillah, kami di Labuan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Dr Danial di Labuan. Daripada khutbah Jumaat hinggalah kuliah magrib, pertama kali melihat betapa ramainya umat islam hadir untuk mendengar. Sungguh di akui bahawa di Labuan agak kekurangan majlis-majlis ilmu. Bukan tiada langsung, cuma tak berapa kerap.

Alhamdulillah, sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur (to be exact Pulau Pinang), Dr Danial dan isteri berkesempatan singgah di rumah Anas..gambar ni diambil oleh Abi dirumah kami

Monday, February 1, 2010

Anas demam..

Anas kena demam sejak dua hari lepas. Badan panas2. Bagi makan ubat dia takmau. Menjerit2 dia bila nampak syringe. Hehe. Dan Anas teramat2 manja masa tengah demam ni. Melekat je dengan Ibu, takmau lepas. Kesian tengok dia lemah dan tak berapa bersemangat. Harap2 Anas sembuh cepat, Insyaallah..