Thursday, September 24, 2009

Peristiwa Yang Anas tidak dapat lupakan...Raya Puasa 2009

Assalamualaikum,
Mungkin semua pembaca tertanya-tanya kenapa tajuk yang Anas pilih agak menyeramkan bunyinya.
Tetapi sebelum Anas berkongsi pengalaman ini, Anas ingin membawa pembaca sekalian bahawa setiap yang berlaku (setelah kita berusaha) adalah ketentuan (Qada' dan Qadar) dari Pencipta.

Air Asia...
Anas, Ibu dan Abi pada 18 Septemberb 2009n(Jumaat) berlepas dari Labuan ke KL pada jam 10.50pg dan tiba di LCCT pada jam 1.15petang. Connecting flight kami ke Kota Bharu jam 3.40ptg. Di sebabkan kaunter check in untuk ke Kota Bharu belum dibuka, Ibu dan Abi keluar ke tempat yang ada tempat duduk untuk memberi Anas makan, menukar lampin dan salin pakaian..
Ibu dan Abi kemudiannya menunaikan solat Jamak Qasar di Surau..Seusai solat, kami bergegas ke kaunter check in, dan kami melihat di papan kenyataan utama bahawa, kaunter check in ke Kota Bharu telah di tutup..
betapa kagetnya kiami waktu itu, cuma kami berdoa agar Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada kami...
Setelah menunggu di Service Counter, ticket kami dikira 'burn' dan kena membeli ticket lain. Perasaan pada ketika itu very much heating..bukan kami sorang..ada lebih berpuluh-puluh manusia yang datang dengan pelbagai masaalah, sehinggakan kerani di Service Counter tersebut kena menebalkan muka. Ada yang marah-marah, ada yang menengking..ada yang mukanya dipenuhi seribu macam masaalah (seperti kami)...
Setelah berbincang dengan tenang, kami memilih untuk ke KL Central menggunkan bas. Di pertengahan jalan, pelbagai pilihan untuk balik ke Kelantan telah kami bincangkan. antaranya naik bas..tapi ticket dah habis..naik train...ticket pun habis jugak...

Sampai di KL Central, kami telah kekeringan idea dan hampir-hampir berputus asa..Atuk ada mencadangkan untuk menghubungi Cik Ama di Gombak dan berbincang dengan Cik Ama.

Di pendekkan cerita, kami alhamdulillah dapat sampai di Kelantan dengan jasa baik Cik Ama meminjamkan kereta baru nya, kereta Perodua VIVA...Terima kasih banyak-bnayak Cik Ama, kami mendoakan agar Cik Ama sentiasa di murahkan rezeki kerana membantu kami dikala kami betul-betul memerlukan pertolongan...

Kepada semua pengguna perkhidmatan tambang murah Air Asia, kami menyarankan agar anda membuat persediaan rapi terutamanya bila menggunakan connecting flight.

Sunday, September 13, 2009

Anas Successfully Underwent Minor Surgery on September 11, 2009

Assalamualaikum,
Seperti yang semua maklum, Anas mengalami sakit Hernia sejak dari Anas lahir. Anas juga telah beberapa kali di rujuk kepada Doktor-Doktor Pakar di Labuan.

Disebabkan kesakitan tidak lagi dapat dibendung, dimana kaki Anas tidak dapat diluruskan kerana menahan sakit, Anas telah dimasukkan ke Damai Specialist Hospital di Kota Kinabalu. Anas diterbangkan bersama Ibu dan Abi menunggu di Kota Kinabalu dengan kereta.

Setelah berbincang dengan Surgeon Consultant, Dr Zamree, Anas terus dimasukkan kedalam wad untuk pembedahan segera..

Alhamduliullah semua berjalan lancar dan Anas telah selamat mejalani pembedahan selama 1 jam...

















Monday, September 7, 2009

Lawatan Sambil Belajar ke Office Abi

Assalamualaikum...

Sabtu lepas Anas berkesempatan ke office Abi kerana Abi ada sedikit kerja nak kena settle..
Ibu tak ikut...hehhe