Sunday, April 26, 2009

Susahnya updating Blog

Assalamualaikum ...
Kebelakangan ni jarang berkesempatan mengupdatekan blog..Anas dah berusia 6 bulan lebih..berat dah 8.1kg (masih berat badan ideal)

Perkembangan Anas as of 26/04/2009:
  1. Dah boleh berpusing (meniarap)
  2. Dah boleh bercakap-cakap walaupun susah Abi dan Ibu nak faham
  3. Minum susu dah tak boleh pakai botol kecil, mesti 210ml keatas (kalau tak.... menangis)
  4. Akan makan apa sahaja yang didepan mulut
  5. Walker terpaksa diikat kerana bergerak terlalu laju
  6. muka makin bulat (comel)

Banyak juga perkara-perkara yang tidak diupdatekan antaranya:

  1. 3 minggu lepas Atuk dan nenek balik kampung Atuk di Gombak.
  2. Itik Atuk dah bertelur...banyak ..dekat 10 biji sehari (ada Nenek buat telur masin..sedap...)
  3. Minggu depan Nenek pulak akan dibedah di Hospital Likas

Masa email ni ditulis, Atuk, Nenek dan Pak Usu di Kota Kinabalu, menunggu hari Nenek di ward...

Abi dan Ibu dan Anas berada dirumah..ikut plan awal, kami nak joint bagi semangat pada Nenek, tapi Abi plak tak dapat..meeting..

Sampai berjumpa lagi...pyepye