Wednesday, January 28, 2009

Fenomena Gerhana Matahari 26 January 2008

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Anas berkesempatan untuk bersama Abi dan Atuk Solat Hajat Gerhana dan mendengar Khutbah Sempena Gerhana Matahari pada 26 Januari 2009 (Isnin) di Masjid Kerupang IOFC. Masjid itu adalah tempat Abi dan Ibu di ijabkabulkan.


Anas masa tu tidur selepas diberikan susu botol oleh Abi, tapi tiba-tiba terbangun dan muntah. mungkin tak sempat di tepuk belakang oleh Abi.

Apapun Anas rakamkan fenomena ini agar Anas dapat mengingatinya disatu hari nanti...

Thursday, January 22, 2009

Cerita Abi dan Ibu

Assalamualaikum,

Dah beberapa hari tidak berkesempatan mengupdatekan blog. Tajuk diatas agak precise to describe about Abi's and Ibu's daily activities.

Abi sudah tentu dengan kerja nya, keluar jam 7.00pg balik jam5.00ptg. Weekend pula jadi Tutor selama 2 jam di OUM. Alhamdulillah malam weekdays Abi berkesempatan mengajar beberapa orang kampung mengaji Al-Quran. Kadang-kadang kalau ramai sangat Atuk tolong jugak mengajar. Anas nak cuba mengajar tapi takut orang tak faham apa yang Anas cakap..
Ibu juga telah selesai belajar dan membuat Baju Kurung harini (21/01/2009) setelah mengikuti kelas kurang kebih 20jam (2 jam sehari). Setakat ini belum lagi dibuka untuk tempahan dan mungkin akan dipertimbangkan setelah Ibu mendapat Mesin Jahit idamannya.

Buat masa ni, mesin tumpang mesin jahit nenek..(seperti gambar dibawah)

Ibu nak beli mesin jahit jenama SINGER . Haritu Anas,Abi dan Ibu ada kekedai jual mesin jahit. Harga boleh tahan jugak, tapi takla mahal. InsyaALLAH ada kemapuan untuk beli. Lusa Ibu akan start belajar dan buat Baju Melayu untuk Abi plak. Esuk Ibu akan cari warna sesuai untukj Abi...

Apapun TAHNIAH Anas ucapkan kepada Ibu kerana telah berjaya membuat Baju Kurung dengan jayanya (potongan dan jahitan Ibu begitu teliti..mengikut pemerhatian Abi)




Saturday, January 17, 2009

Abi's Part-Time Job

Masa Ibu tulis blog ni, agaknya Abi baru habis bagi lecture kat student dia. Sebenarnya kalau nak tahu, hari ni adalah 1st day Abi menjalankan tugas dia sebagai part-time lecturer cum tutor di OUM cawangan Labuan.

Kalau tak silap Ibu, dalam hujung tahun lepas, Abi ada apply untuk jadi part-time lecturer ni. Alhamdulillah Abi dapat post tu. Kelas cuma Sabtu dan Ahad je. Itu pun bukan tiap2 minggu. Kalau tak silap Ibu, dalam satu semester, cuma ada 3 sesi je kut. Abi mengajar Islamic Banking dan apa tah lagi satu subject tu (maaf, Ibu tak ingat).

Dulu mmg Abi pernah bagitau Ibu yg Abi berminat nak jadi lecturer. Abi pernah jugak cakap nak berhenti kerja d Petronas dan kerja sebagai lecturer (dan di bangkang dengan serta merta oleh Ibu sbb Abi ada future dalam petronas. Manatau dalam 5-10 tahun akan datang Abi dapat jadi manager ke kan). Tapi Ibu mmg tak halang minat Abi dalam bidang lecturing ni. Ibu sentiasa sokong apa2 saja bidang yang Abi minat. Dan Ibu rasa mungkin Abi mmg ada bakat dalam bab2 mengajar ni sbb skrg pun Abi mengajar budak2, mak budak dan nenek budak mengaji setiap malam (kecuali hari Khamis, Sabtu dan Ahad).

Apa2 pun Ibu ucapkan all the best kepada Abi. Semoga Abi menjalankan tugas (dan amanah) ini sebaiknya.

Thursday, January 15, 2009

Anas demam dan mata berair...

Assalamualaikum,

Dua hari yang lepas ana telah di inject dos kedua (mungkin hepatitis). Balik je dari Klinik Desa Tanjung Aru terus badan jadi panas-panas. Macam biasa ubat demam kena bagi setiap 4jam. Dan kebiasaannya Ibu akan campurkannya kedalam botol susu (Ibu perah susu kedalam botol). Tapi badan Anas masih lagi panas. Masa Abi ambil gambar Anas ni, Anas cuba control demam. So tak berapa nampak sangat muka orang demam.Mata Anas pulak berair sebelah kanan dan kalau bangun pagi agak susah untuk membuka mata sebelah ni. Disebabkan agak teruk, Atuk dan Nenek bawa Anas ke klinik Wilayah (klinik swasta). Dan Doktor mengatakan bahawa mata berair sebab masa Anas lahir dulu air mata tidak keluar sepenuhnya(kalenjar airmata belum lancar lagi).

Tuesday, January 13, 2009

Abi menulis : Susah ke Membesarkan Anak?

Assalamualaikum,

Giliran Abi untuk menulis di blog Anas. Abi mulakan dengan tajuk yang berbentuk persoalan. Susah ke membesarkan anak (atau anak-anak bagi yang ramai anak?).

Abi mulakan dengan gambar Ibu semasa mengandungkan Anas. Masa gambar ni diambil, Anas sudah pandai menendang-nendang. Ibu masih larat pergi kerja. Morning sickness masa awal-awal 3-4 bulan melarat sehingga kadang-kadang Ibu ambil cuti sakit.


Ibu mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah Anas sudah berumur 8 bulan lebih didalam kandungan. Dan tibalah masanya Anas keluar kedunia.

Masa ni ada beberapa perkara yang unik (pada Abi la):

  1. Anas susah sangat nak bukak mata(tido la tu). Abi cuba paksa Anas bukak mata tapi Anas bukak jap, then tutup balik.
  2. Sarung tangan,sarung kaki,baju dan seluar semua bersaiz besar dari Anas. Cuba tenguk sarung tangan tu, memang selalu tercabut sebelah dan kalau angkat Anas je, tercabut kedua-dua sarung tu. Memandangkan Anas lahir dengan kilogram yang kecil (2.56kg) Abi rasa ok la tu.
  3. Pipi blushing. Mengikut kata-kata orang-orang Anas ni berkulit cerah seperti Ibu. Abi sedikit gelap(di akui benar). Jadi awal-awal lahir memang nampak sangat kemerahan ala ala warna pink.
  4. Anas bangun awal pagi dan tiada waktu tidur dan bangun yang khusus. Ibu dan Abi yang tiada pengalaman ni, merahla mata-mata diawal pagi. Abi plak kadang-kadang (tak selalu) terlewat ke office.

Abi tak pasti pengalaman diatas dilalui oleh semua orang atau tidak. Ada pernah Ibu bagitahu yang ada orang kampung yang terus bagi makan anaknya yang berusia belum lagi sebulan untuk memudahkan Anaknya tidur(rasanya mudahkan maknya tidur kot). Tapi end up masuk wad baby tu.

Cerita pasal susah ke tak membesarkan anak, pada Abi it depends on own experiences. Pada IbuBapa yang di anugerahkan puteri atau putera tanpa sebarang kesulitan, panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH SWT dan;

Juga pada IbuBapa yang ALLAH SWT anugerahkan putera atau puteri tetapi terpaksa melalui kesulitan diwaktu kecilnya, insyaALLAH akan digantikan ALLAH SWT dengan kesenangan dihari kemudian (Al-Inshirah : 4-5)

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

Saturday, January 10, 2009

Ibu belajar menjahit...

Assalamualaikum w.b.t,


Berita Pertama:
Alhamdulillah harini (10.01.2009) Ibu dah start kelas belajar menjahit. Dah lama Ibu nak belajar menjahit tu. Buku2 menjahit dah di beli semasa Anas dalam kandungan lagi. tapi Ibu tak berkesempatan dulu kerana bekerja. Tetapi sekarang Ibu dah tak kerja lagi. Jadi full-time housewife a.k.a suri rumah sepenuh masa.

Anas tadi Abi bawa jalan-jalan ke pasar. Nak tenguk peluang perniagaan. hehee...Abi terfikir nak jual tudung-tudung dari Kelantan dan juga minuman special; Coconut Shake(famous kat kelantan ni).

Berita Kedua:
InsyaALLAH bulan February nanti Anas,Abi dan Ibu akan berpindah kerumah baru di Kampung Sg Bedaun (10minit perjalanan dari rumah Atuk sekarang). Rumah tu Abi beli dari Atuk. Rumah flat je tapi besar gak. So lepas ni kalau ada saudara-mara dari Malaya (Semenanjung), Netherland atau Kelantan nak datang Labuan, jangan susah payah nak sewa hotel ya. InsyaALLAH selagi termampu, boleh tinggal kat rumah Anas je ye.



Erm...berikut adalah gambar-gambar peralatan menjahit yang Ibu minta postkan di web ni. Barang-barang ini bukan untuk dijual ya...

Friday, January 9, 2009

Anas dah nak berjalan?

Assalamualaikum,

Kebelakangan ni Anas dah tak berapa suka kalau diletak dibawah(baring etc). Anas suka dipegang didalam keadaan berdiri. Anas dah pandai melonjak-lonjak keatas.




2 hari lepas Atuk dah nak belikan Anas walker, tapi habis plak kat kedai yang nak dibeli tu. Minggu lepas dah nak beli, tapi taukey kedai kata "kaki budak 2 bulan belum cecah lantai kalau pakai walker"..Tapi...Anas rasa dah boleh la cecah lantai. Kan ke baby walker tu boleh adjust...

Tapi dengar-dengar cite (dari Ibu) Atuk nak beli jugak tu nanti.hheehe

Wednesday, January 7, 2009

Isu ini bukan hanya kepada orang Palestin

Assalamualaikum...

Semua maklum yang bersempena 1430H (Tahun Baru dalam Kalendar Islam) satu peristiwa yang telah menimpa umat Islam di Semenanjung Gaza; diserang israel laknatullah tanpa belas kasihan.

Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera (as of 07/01/2009)

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorang itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan.


Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya.
Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:
“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”

Saturday, January 3, 2009

Masa untuk menjahit


Ibu ada simpan angan2 nak pandai menjahit. Dari dulu lagi Ibu berkenan sgt dlm bab menjahit2 ni. Sampai rosak2 mesin jahit Nenek dikerjakan oleh Ibu. Tapi Ibu blh jahit benda2 simple je. Benda2 yg memerlukan jahitan lurus je. Hehe...Maka utk menambahkan ilmu d dada mengenai bidang jahitan ni, Ibu telah beli buku panduan mjahit pakaian wanita sblm bulan puasa haritu (sikit punya tebal buku tu, lebih tebal dr buku rujukan Kimia Ibu masa form 5 dolu). Ingat nk jahit baju kurung la utk d pakai masa hari raya. Tapi satu habuk pun Ibu tak faham pasal pola2 baju tu. Rupanya bkn senang nk blajar mjahit dari buku ni. So buku tu tersadai je la kat rak buku, collecting dust bak kata omputih. Maka Ibu pun give up utk blajar mjahit buat sementara waktu...


Tapi hari Khamis lepas Abi ternampak satu iklan kelas menjahit masa keluar pegi beli kuih. Mmg Ibu pernah jumpa kelas menjahit kat labuan ni, tp mahal sangat la yurannya. Tp kelas mjahit yg Abi nmpk dlm iklan ni agak berpatutan sikit la harganya. So pagi tadi Abi dah daftarkan Ibu utk kelas tu. Nama tempat Ibu nk belajar menjahit tu ialah Butik Rasa Sayang (Abi siap nyanyi lagu Rasa Sayang lagi bila sebut nama butik ni). Butik ni ada offer pakej jahitan pakaian wanita dan lelaki (harganya Rm600 & Rm800). Tapi kalau taknak ambik pakej pun boleh. Maknanya kita blajar ikut jam (Rm 10 per hour). Dan Ibu akan blajar ikut jam (Ibu nak belajar jahit baju kurung dan baju melayu je. Lepas ni blh la Ibu jahitkan baju melayu utk Anas dan Abi). Insyaallah next week Ibu akan start ikut kelas. So nnti Ibu akan tulis cerita pasal pengalaman blajar menjahit plak k. Until then...

Friday, January 2, 2009

Snake Atack!!

Untuk pengetahuan semua, Atuk ada pelihara ayam kampung dan juga itik d belakang rumah. Belakang reban ayam dan itik tu pulak adalah hutan. Sejak dua menjak ni, Atuk ada mengadu itik Atuk hilang. Rasanya dah 8 ekor itik Atuk hilang. Dan semalam, masa Pak Usu masuk tandas, dia terdengar bunyi itik bising2. Pak Usu pun bagitau Atuk pasal itik bising tu. Then Atuk dan Pak Usu pun pegi la check knapa itik tu bising2. Rupa2nya ada seekor ular sawa dah masuk ke kandang itik Atuk. Besar dan panjang jugak ular tu. Lepas fikir2 apa nak buat dgn ular tu, Abi pun call Bomba. Lepas 20 minit baru uncle2 Bomba dtg (agak lmbt jgk mereka sampai. Ibu dan Abi expect drg sampai lbh awal, tp mungkin sebab ni kes ular je, drg pun xde la kelam kabut nk dtg). Masa Bomba tu dtg, hujan tiba2 turun. Ibu risau jugak klau2 ular tu melarikan diri masa hujan turun. Tp uncle2 Bomba berjaya menangkap ular sawa tu dlm masa lebih kurang 10 minit. Garang jgk ular tu. Sempat lagi melawan. Tp pakcik2 Bomba tu dgn senang lenangnya dpt tangkap mak ular tu (nenek kata ular tu 'mak ular'. Bapaknya mungkin masih ada kt hutan blakang rumah Atuk). Sbnrnya sebulan dua yg lepas Atuk ada jumpa anak ular sawa tersangkut kat jaring lama Atuk. Agaknya anak ular tu adlh anak kepada mak ular yg kena tangkap semlm kut? Wallahualam..Kat bwh ni ada beberapa gmbr uncle2 Bomba in action.