Friday, March 20, 2009

New Bottles for Muhammad Anas Firdaus

Sejak akhir2 ni berita tentang botol susu bayi mengandungi bahan kimia industrial iaitu Bisphenol-A (BPA) makin tersebar luas. Utk maklumat lebih lanjut tentang BPA ni, sila layari website seperti plasticfreebottles.com, thedailygreen.com, bisphenol-a.org dan banyak lagi.

Kalau di Kanada, botol2 yang mengandungi bahan kimia BPA ni telah pun diharamkan pengeluarannya. So alternatif lain yang ada utk ganti botol berBPA ni ialah botol minuman stainless steel(botol susu stainless steel utk baby pun ada!), botol kaca atau botol plastik bebas BPA.


Jadi bila dah baca ttg bahaya bahan kimia ni dan dapat tahu pulak yg most baby bottles contain this chemical, Ibu dan Abi pun order la botol susu bebas BPA dari internet (kat Labuan ni takde jual botol susu kaca atau yang diperbuat dari BPA-free plastic). Dan semalam botol tu selamat sampai ke ofis Abi. Skrg botol2 susu Anas yang lama Ibu dah simpan dan skrg Anas hanya akan guna botol susu yang bebas dari BPA sahaja.


Kepada ibu dan bapa yang ada anak kecil yang masih menyusu, Ibu dan Abi harap2 sangat agar anda cari maklumat tetang BPA ni dan ambil tindakan yang segera mengenainya. Sekian, harap maklum.

Fav TV Show


Sejak akhir2 ni Ibu suka sangat tgk rancangan Jon&Kate Plus 8 di chanel 707 (Discovery Travel & Living). Cerita ni pasal pasangan suami isteri Jon dan Kate dan 8 org anak mereka. Apa yg menariknya, anak mereka yg 8 org tu terdiri dari 2 set kembar.

Kali pertama Kate beranak, dia dapat kembar 2. Kali kedua dia beranak, dia dapat kembar 6!! Just imagine, kembar 6 tu!! So dgn dua kali beranak je, pasangan Kate dan Jon ni dapat 8 org anak. Kepada sesiapa yg berminat nak tgk show ni, blh tgk d channel 707 Astro, setiap Isnin-Jumaat, pukul 11 pagi sampai 12 tengahari.

Sunday, March 15, 2009

Anas 5 Bulan dan Demam Selesema...

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan semua Anas dah mencapai umur 5 bulan dah. Hari Jumaat yang lepas sampaila pagi ni (masa mengupdatekan blog) Anas demam selesema. Dah bawa ke klinik, dan masih mengalami sedikit-sedikit tidak sedap badan.


Ikut kata Ibu, Anas dah nak tumbuh gigi. Infact memang dah ada sebiji gigi awal yang keluar. Awal jugak gigi Anas ni keluar...

Selebihnya, Anas penat dan lemah..selalu tidur panjang. dan bangun bila dibangunkan untuk makan ubat

Friday, March 6, 2009

Video Anas

Ni Abi rakam lepas Anas mandi ....

Anas dan Gambar-gambar...

Assalamualaikum...Gambar Terkini buat tatapan semua .maaf sebab lama tak menupdatekan blog. Macam biasa Internet didalam bilik Ibu ni tak berapa stabil..

Anas sedang membuat rutin harian, gigit jari sendiri ...


Ni masa Anas nak start tidur.....











Alhamdulillah..wajah anugerah ALLAH SWT menjadi cahaya mata buat Ibu dan Abi...















Hehee..nila gaya tidur Anas





masa bergembira.....
tata..titi...tutu...