Wednesday, May 27, 2009

Masa Cuti Sudah Tiba!!


Insyaallah esok Anas akan pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Sbnrnya tujuan asal Anas ke KK nk hadiri majlis nikah Pak Long Saiful (sepupu Ibu dan juga anak kepada Nek Maimunah dan Atuk Ismail - kebetulan pulak nama mereka ni sama dgn nama emak dan bapak atuk). Majlis nikahnya pada Jumaat, dan bersanding pada hari Ahad. Insyaallah Selasa depan baru Anas akan pulang semula ke Labuan. Orang kata sambil menyelam, minum air. Kebetulan dapat berkunjung ke KK ni, ambil la peluang utk jalan2 sekali kn. Ini pertama kali Anas akan naik feri penumpang (feri besar yg boleh bawak kereta tu). Harap2 semuanya akan berjalan lancar kelak. Nanti ada masa Anas akan post gambar untuk tatapan semua ya.Byeee..Tatatititutu..

Wednesday, May 13, 2009

Petronas Borneo Games



Jumaat ni Abi akan terbang naik 'belon' ke Miri, Sarawak untuk Sukan Borneo Petronas. Abi akan mewakili Petronas Methanol Labuan untuk sukan hoki. Kalau nak tahu, Abi mmg aktif main hoki sejak sekolah rendah lagi. Siap pernah jadi wakil negeri kelantan lagi dalam sukan ni. Sejak bekerja dgn Petronas, mmg tiap2 tahun Abi akan ikut serta dalam Borneo Games ni. Dekat dua bulan jugak Abi dan kawan2nya training petang2 utk games ni. Tp Ibu tak kisah sangat sbb time ni je la Abi akan bersenam. Kalau takde games ni, sure Abi tak bersenam punya. Apa2pun, semoga Abi dapat mbawa pulang kemenangan tahun ni (setelah 2 tahun tak menang apa2. Hehe...). Abi, we wish you all the best!!

Demam melanda semua



Assalamualaikum...



Lama rasanya tak update blog Anas ni. Harini Ibu dan Abi tak berapa sihat. Dua2 diserang selsema sekaligus. Dalam minggu lepas Anas kena selsema. Lepas Anas dah sembuh, terjangkit kat Atuk pulak. Skrg ni Ibu dan Abi pulak yg kena. Setiap masa kena bawak sapu tangan. Lepas tu asyik bersin saja. Hehe, kelakar jugak kalau tgk situasi kami skrg ni. Harap2 selsema ni akan reda tak lama lagi. Doa2kan kami cepat sembuh ya...