Wednesday, December 31, 2008

Little scratch on face

Assalamualaikum,

Erm...Recently Ibu dan Abi dah bagi Anas buka sarung tangan memandangkan Anas suka menghisap jari. Tetapi semalam masa Anas tido, Anas tercakar muka sendiri. berdarah-darah la jugak.

Tapi Anas tak menangis pun. Dah memang Anas yang buat.

Satu lagi Anas di takdirkan terkena Hernia (Burut). bengkak di "biji". Mengikut kata-kata Abi bengkak tu tak juga membesar dan tak juga mengecil. Sudah pergi ke Hospital tetapi doktor kata kes sebegini mesti di check di Klinik Kampung.errmm...last-last Atuk yang urutkan sendiri.


Doakan semoga Anas cepat sembuh ya...

Tuesday, December 30, 2008

Al-Fatihah...

Assalamualaikum..

Di kesempatan ini, Anas ingin merakamkan takziah kepada semua keluarga di Kuala Lumpur di atas pemergian Nek Ngah dan Nek Lang. Anas tidak berkesempatan berjumpa dengan kedua almarhummah walaupun telah ada perancangan awal untuk kesana.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Sunday, December 28, 2008

Cik Wan Balik Kampung

Assalamualaikum to alls,

Sorry for not updating the web for almost a week.


Cik Wan (Pakcik Azwan) balik kampung untuk tenguk Anas. Cik Wan kerja sebagai Pegawai di Jabatan Imigresen Johor Bahru.

Sunday, December 21, 2008

New look of Pasar Siti Khadijah


Assalamualaikum..

Anas juga berkesempatan ke Pasar Siti Khadijah di pusat bandar Kota Bharu..

tapi Anas tido...merah muka Anas..berpeluh-peluh badan Anas


Thursday, December 18, 2008

Anas pergi Jalan-Jalan

Assalamualaikum,
Semasa di Kelantan Anas sempat melawat Masjid Kampung Laut. Masjid yang tidak menggunakan satu pun paku kecuali di tempat yang tidak dapat dielakkan. Senibinanya yang unik menyerlahkan kesenian Islam lampau. sukar untuk melihat masjid kayu sebegini lagi sekarang

Mengikut signboard yang ditulis, Masjid ini telah di bina semula kerana faktor-faktor historical value. jika anda berkesempatan ke Kota Bharu, Anas cadangkan untuk anda semua melawat Masjid ini, berhadapan dengan Universiti Malaya, Nilam Puri.

Bila masuk kedalam Masjid, InsyaALLAH keadaan sekeliling membuatkan kita boleh khusyuk untuk solat. macam sepi kerana dindingnya adalah kayu.

Wednesday, December 17, 2008

Anas di Kampung

Alhamdulillah..

Setelah penat dalam penerbangan yang mengambil masa 2jam 30minit dari Labuan-KL dan 1jam KL-Kota Bharu, Anas selamat tiba di kota Darul Naim..Nenek, Tok Bah, Makcik dan Pakcik sambut kami di airport. Pertama kali Anas melihat mereka. selama ni hanya mendengar suara dari handphone. tu pun Anas yang menangis kuat.

Seperti dijangka, keadaan di KB masih dalam keadaan berjaga-jaga. 'Air termenung' masih kelihatan di kawasan kampung Pasir Hor. Hujan turun kadang-kadang dan suhu juga tidak menentu. Kalau hujan turun dengan lebat, mungkin air akan terus melimpah dari sungai berdekatan(Sg Lubuk Mulong).

Rumah Abi kelihatan agak lama. Memang rumah tu lama dah hampir 70tahun tak dibaiki. Atap rumah ada yang dah bocor-bocor dan angin kuat pada haritu juga menrbangkan sekeping zink didalam bilik nenek. Abi sempat tukarkan dengan atap edek(yang keras tu).

Disebelah kanan dan kiri rumah telah dipunyai oleh Cikgu Zaid. Dia mengusahakan kelas tusyen Al-Amin di Kubang Kerian dan akan berpindah lokasi kekampung Pasir Hor setelah siap pembinaan Kleas tu. Buat masa ini, kawasan itu dibina kandang kambing.

Ada satu peristiwa berlaku dikawasan tersebut pada satu malam hampir jam 12malam. 2 orang kanak-kanak adik beradik dilaporkan hilang. puas kedua ibubapanya mencari di sekitar rumah dan tiba-tiba di temui terperangkap dibawah kandang kambing tersebut. mengikut kata-kata kawan kanak-kanak tersebut dia melihat 'hantu raya' di kawasan tersebut. wallahualam..adakah benar atau tidak. hampir jam 1.30pagi barulah dapat semua orang kampung bersurai.

Penerbangan ke Kelantan 2008


Assalamualaikum wbt.

Buat pertama kalinya Anas balik kampung Abi di Kampung Pasir Hor, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Anas berada di Kelantan selama 8 hari bermula dari 6 Disember 2008 - 14 Disember 2008.

Bermula dengan penerbangan MAS dari Labuan-Kuala Lumpur jam 5.20pm dan tiba jam 7.50pm Anas dapat tidur lena didalam kapal terbang. sehinggalah Anas bangun untuk minta susu. Kakitangan MAS banyak membantu tetapi biasala pasti ada sedikit kekurangan. Ibu ada minta dorang pasangkan bed untuk bayi, tapi sampai KLIA takda plak dorang pasang. Susu yang Ibu minta dorang panaskan juga mendapat masaalah. Punyalah panas susu tu, rupanya dia rendam dalam air panas lama sangat. Anyway, sebagai pengajaran next time need to inform them yang tak perlu rendam lama-lama.

Di KLIA Anas menunggu lebih kurang 3jam untuk flight KL-Kota Bharu. Penat jugakla Abi dan Ibu. Ibu solat and Abi jaga Anas, bergilir-gilirlah mereka jaga Anas. Ermm...kebetulan masa tu Mawi (ala penyanyi AF tu la) ada lalu dihadapan kami. hheee..Anas tak minat dia, so takda Anas bagi respond.

Dan kebetulan pada masa yang sama, shah rukh khan juga ada di KLIA, baru tiba agaknya untuk ke Melaka menerima anugerah 'Datuk' dari kerajaan Melaka.

(gambar-gambar nanti Anas uploadkan kemudian ya)

siri seterusnya akan datang tak lama lagi

Sunday, December 14, 2008

Journey to Kelantan

Assalamualaikum,
To all readers.... we will come back soon with story of experiences in Kelantan.

Saturday, December 6, 2008

Hari Wukuf di Arafah...

Assalamualaikum,
Pada tanggal 8 Zulhijah (6 Disember), jemaah haji akan bertolak ke Arafah.

Pada tanggal 9 Zulhijah (7 Disember), jemaah haji akan wukuf di Arafah. Wukuf adalah rukun haji. Tiada wukuf tiadalah haji. Wukuf atau Hari Arafah adalah sebaik-baik hari untuk seorang Muslim mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Saiyidatina 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda mafhumnya: "Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekaan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wukuf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka."

Bersama-samalah kita berpuasa pada Hari Wukuf kerana ganjarannya sangatlah besar. Jadi marilah kita berpuasa pada hari Ahad ini (7 Disember). Berdoalah banyak-banyak untuk keselamatan ibu bapa, saudara-mara dan kaum kerabat yang kini berada di Tanah Suci. Mereka sedang diuji Allah SWT di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan tatkala melontar Jamrah.

Friday, December 5, 2008

Now & Then



Tengok la gambar Anas masa baru lahir dengan gambar dia sekarang. Jauh bezanya. Dulu masa baru lahir berat Anas cuma 2.56kg je. Pertengahan bulan lepas, berat dia dah 4.5kg dah. So dlm sebulan lebih, berat dia dah bertambah 2kg. Boleh tahan anak Ibu ni. Anas minum susu Ibu sepenuhnya. Agaknya tu la sebabnya berat dia cepat bertambah kut.

Time Is Running Out...

Esok dah nak terbang dah. Tapi Ibu belum packing apa2 pun. Entah la knapa. Nak kata malas tak jugak. Rasa semangat jugak nak balik kampung Abi ni sebenarnya. Malam ni la packing2 baju. Tapi Ibu ni memang jenis last minute person. Dah last2 baru nak kelam kabut. Dah jadi habit dah kut.

Memandangkan kat Kelantan masih hujan2 lagi, rasanya Ibu tak bawak lampin kain Anas balik sana kut. Anas kalau kat rumah biasa pakai lampin kain je. Kalau jalan2 baru pakai pampers. Rasanya balik kampung Abi ni Ibu bawak pampers je la. Kalau bawak lampin kain, kang susah plak nak keringkan time2 hujan ni kan. So bawak pampers je la untuk memudahkan urusan kerajaan. Hehe.

Dan ni la 1st time Ibu dan Abi bawak Anas jalan jauh. Naik kapal lagi. Harap2 Anas ok je dlm plane nanti. Mana Ibu nak kena perah susu lagi. Macamana la agaknya nanti ya. Harap2 semuanya berjalan lancar la nanti, Insyaallah.

Thursday, December 4, 2008

Muhammad Anas Firdaus







Nek Cu ada tanya kenapa semua gmbr Anas dlm blog ni masa dia tengah tutup mata. So sini ada beberapa gambar Anas - sambil bukak mata, untuk tatapan Nek Cu dan semua.

i'm lovin' it!!











Tengahari tadi Ibu bawak Anas makan di mcD(Anas tak makan pun sebenarnya, blum bleh makan lagi). Pak Usu dan Ucu Siti pun ikut sekali. Tapi sayangnya Anas tidur sepanjang kami makan di mcD. Dia ni memang suka tidur kat tempat sejuk. Biasanya kalau Ibu dan Abi bawak dia jalan2 d UK pun, dia akan tidur sepanjang masa. Pak Usu siap bawak baby carrier lagi utk angkat Anas. Hehe, ada ciri2 bapa mithali.

Ibadah Korban...

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

InsyaALLAH hari raya nanti Abi akan melaksananakan Ibadah Korban di Kampung TokBah(abah Abi)

Wednesday, December 3, 2008

Announcement : Anas akan balik Kelantan kampung Abi

Assalamualaikum..
InsyaALLAH anas akan pulang buat kali pertama ke negeri Darul Naim pada 6 Disember 2008 (Sabtu) selama 1 (satu) minggu.

Mengikut maklumat terkini yang diberitahu oleh NekMa (nenek Kelantan), keadaan rumah di kampung banjir teruk. Harap-harap Anas dapat menerima perubahan cuaca Labuan-KL-Kelantan nanti.

Abi dan Ibu juga akan bawa Anas melawat kampung NekYang(Emak Atuk) di Kuala Lumpur pada 12 Disember 2008(Jumaat) nanti.

Kepada semua yang mahu jumpa Anas bolehlah mendapatkan maklumat terkini Anas di website ni...

Monday, December 1, 2008

Abi dah install Streamyx kt umah

Assalamualaikum...

Hari ni 1/12/2008 Abi dah dapat install streamyx kat umah. lepas ni Anas boleh la post entry tiap2 hari.

Abi install tenet sebagai hadiah untuk Ibu yang sanggup berhenti kerja dan jaga Anas.

Pasni jugak harap-harap dapat Yahoo Messanger dengan semua kaum kerabat di Semenanjung tak juga lupa kepada Makcik Ema di Netherland sama Lena Imani..