Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDILADHA 1430h/2009

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini, Anas, Abi dan Ibu ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada salah yang secara sengaja atau tak sengaja.

Kepada kerabat di labuan, Kuala Lumpur, Kelantan, Johor dan Sarawak ....SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....

Anas beraya di Labuan tahun ni

Monday, November 23, 2009

Cloth Diaper or Disposable Diaper? (part II)

Minggu lepas Anas dah start pakai CD dah. Ibu beli 5 keping dulu untuk percubaan. Lepas ni boleh beli lagi CD sebab 5 keping tu memang tak cukup untuk Anas (sebab Anas kuat kencing).

Sekarang Ibu rasa lega sikit sebab sekurang-kurangnya Ibu dah bantu kurangkan penggunaan disposable diapers (semestinya semua orang tahu kan kesan buruk penggunaan lampin pakai buang kepada alam sekitar kita). Dah tak perlu pening2 kepala nak fikir kat mana nak buang DD Anas (sebelum ni setiap 2 hari sekali Abi terpaksa angkut DD2 Anas yang banyak tak ingat dunia tu, lepas tu buang kat tong sampah besar kat kedai runcit dekat2 rumah kami ni). Sekarang ni Abi dah tak payah nak angkut2 DD tiap2 pagi lagi dah.

Walaupun guna DD lebih senang sebab tak perlu nak basuh apa2, tapi rasanya lagi berbaloi cuci CD (tak susah pun nak cuci CD ni) daripada mencemarkan alam sekitar kan. Cuma Anas masih lagi pakai DD masa tidur malam (tak berani Ibu nak pakaikan Anas CD je masa tidur malam sebab takut bocor). Dan CD ni cute sangat designnya. Kadang2 Ibu tak pakaikan Anas seluar pun waktu siang sebab CD tu pun dah kira macam seluar dah. Memang Ibu puas hati la dengan CD ni. Mari kita beramai2 pakaikan anak2 kita dengan CD. Long live CD!! Hihi.. ~Ibu~

Sunday, November 8, 2009

Gigi ku tajam..

Sekarang ni gigi Anas dah ada 8 batang dah. Empat atas, empat bawah. Ada lagi 1 kat bawah bakal keluar. Comel betul gigi Anas. Gigi kat bawah tu kecik2 je. Yang kat atas lebar2. Hehe, kelakar tengok gigi atas Anas tu.

Anas sekarang ni dah pandai menggigit dah. Sakittt sangat kalau dia mengigit. Kadang2 Anas menggigit just for fun. Kadang2 kalau dia marah, dia akan menggigit jugak. Kalau dia menggigit masa dia tengah marah tu, sure sakit tak terhingga. Sampai terjerit2 Ibu kena gigit dek Anas. Dan yang paling Ibu tak suka kalau Anas gigit n*pp*e Ibu masa tengah menyusu badan. Sakit tau!

Untuk penjagaan gigi pulak, Ibu akan pastikan gigi Anas diberus setiap hari. Ibu dan Abi belikan berus gigi untuk bayi untuk Anas pakai. Kadang Anas tak mau Ibu berus gigi dia. Tapi most of the time dia akan bagi kerjasama dengan baiknya. Siap bukak mulut luas2 lagi supaya senang Ibu nak berus gigi dia. That's my boy!! Nanti Ibu nak beli berus gigi yang ada pemegang supaya Anas boleh belajar berus gigi dia sendiri pulak. Sebab sekarang ni pun Anas suka main dengan berus gigi Ibu. Siap letak kat gigi dia lagi. Maknanya dia nak berus gigi dia sendiri la tu kut kan? Agaknya la. Hehhe

Cloth Diaper or Disposable Diaper?

Sejak kebelakangan ni Ibu mula terfikir nak bagi Anas pakai Cloth Diaper (CD). Bukan CD yang empat segi warna putih tu. Ni CD modern. Bentuk dia macam disposable diaper (DD), tapi diperbuat dari kain dan boleh dicuci.

Dulu masa Anas kecil memang Anas pakai CD yang tradisional tu (Nek Cu yang bagi CD tu. Tima kasih banyak2 kat Nek Cu). Bila Anas dah besar sikit, terpaksa tukar kepada DD sebab CD tradisional tu dah tak muat dah dengan Anas. Mana dengan kencing dia yang banyak tu lagi. Tak larat CD tu nak tampung semuanya.

Bila Anas dah menjangkau setahun ni, Ibu tengok jumlah penggunaan DD Anas pun makin meningkat. Sebabnya Anas kuat menyusu, jadi sehari Anas akan guna 5 keping DD atau lebih (tu belum masuk kalau Anas cirit birit lagi tu). So Ibu pun tanya la pendapat Abi tentang CD moden tu. Abi ok je dia kata. Ibu ada browse beberapa website tempatan yang jual CD, tengok pros and cons nya. Memang praktikal kalau nak pakai di rumah tp kalau nak keluar berjalan2 tu, rasanya kena stick to DD la.

Tp tu tak kisah sangat la. Yang nak dikisahkan ni, tentang bajetnya. Kalau pakai CD, kira macam 1 time investment la. Memang sekeping CD agak mahal (paling murah yang Ibu jumpa kat website Rm55 sekeping). So maybe beli dalam 10 keping ke. Boleh pakai sampai Anas 2 tahun lebih atau ke atas (sampai Anas ready for potty training). Kalau pakai DD, sebulan dekat RM100. Darab dengan 15 atau 20 bulan. Dah berapa? Guna lah teknik mengira macam mana pun, memang CD menang dari segi kos.

Plus, CD ni enviromental friendly. Kalau pakai DD, mmg mecemarkan alam sekitar. Cuma ye lah, nak pakai CD ni, kena mencuci sikit la (hehe, dah la Ibu ni 'rajin' mencuci). Tapi apa2pun Ibu tetap akan cuba pakai CD untuk Anas. So we'll see macamana hasilnya nanti k. Bubyee..

Tatih tatih tatih

Minggu lepas, Anas dah start berjalan dh (lebih tepat lagi, melangkah). Mula2 tu Anas melangkah satu dua langkah, lepas tu terus duduk di lantai. Ibu, Abi, Atuk dan Nenek excited sangat tengok anas dah boleh melangkah (rasanya yang paling seronok adalah Ibu!!). Suka sangat bila tengok kaki kecil dia tu melangkah. Suka sangat2!!
Lepas tu perlahan2 Ibu, Abi dan Atuk latih Anas untuk melangkah lagi dan lagi (Nenek tak suka sangat Anas kena 'paksa2' berjalan ni. Nenek kata biar lah Anas pandai bejalan sendiri). Tapi tak kisah la tu, memang Anas dah nak pandai berjalan pun kan. So alang2 kita latih la Anas agar dia cepat berjalan. Sekarang ni Anas dah boleh melangkah dalam 7-8 langkah (sekali percubaan), dan Anas boleh berdiri tanpa sokongan siapa2. Yeahh, way to go Anas!!.
Tapi kalau Anas takda mood, dia melangkah 2,3 langkah je, lepas tu terus duduk. Takpe2, take your time Sayang. Ibu akan sentiasa support Anas. Love you so much dear. Muahh..

Hujan oh hujan

Sejak dua menjak ni, cuaca di Labuan amatlah panas. Malam pun panas. Amatlah tidak selesa untuk melakukan aktiviti dalam cuaca yg panas ni. Yang kesiannya Anas la, badan dia sampai naik ruam2 sebab cuaca panas tu.

Biasanya kalau cuaca panas macam ni, dlm pukul 12 tengahari atau pukul 1 petang Ibu akan mandikan Anas sekali lagi sebab by that time badan Anas dah berpeluh2 dah. Lepastu pakaikan baju baru yang kering dan selesa, then sapu medicated powder kat tempat yang beruam tu. Insyaallah kalau badan Anas dah fresh dan tak berpeluh, ruam2 tu akan hilang dengan sendirinya.

Dan semalam, Allah melimpahkan kurnia-Nya dengan menurunkan hujan ke bumi Labuan. Alhamdulillah, sejuk sikit rasanya. Nikmat sungguh rasanya bila angin sejuk masuk dari tingkap. Nyaman sekali...

Tuesday, November 3, 2009

Biodata Anas




Nama penuh : Muhammad Anas Firdaus Bin Mohd Fatihee

Umur
: 1 tahun 2 minggu

Berat
: 10.8kg

Tinggi : 74cm

Makanan kegemaran
: Nestum (semua perasa Anas suka), carrot, kentang goreng, yogurt, cheese, sup (sup ayam, sup sayur, semua sup pun Anas suka), kertas, kotak, tisu, kalendar, buku Iqra' (semua yg berasaskan kertas Anas suke makan), dan akhir sekali sampah dan habuk2

Minuman kegemaran
: Susu Ibu, susu Dumex Dugro 1-3 Years perisa Asli (Abi pernah belikan yg rasa coklat tp Anas tak berapa suka) dan air masak

Haiwan kegemaran : Kucing, itik dan ayam

Hobi : Makan kertas, kacau orang, sepahkan rumah, selongkar almari nenek, panjat tangga, makan kertas, sepahkan rumah, panjat tangga, makan kertas, panjat tangga lagi, kacau orang lagi, makan kertas lagi dan lagi dan lagi dan lagi

Kebolehan semulajadi : Makan kertas, kacau orang, sepahkan rumah, selongkar almari nenek, panjat tangga (macam sama je dgn hobi?)

Perkara yang suka dilakukan diwaktu malam (pukul 9 ke atas)
: Merengek2 mintak Ibu dukung dan mintak dodoikan sampai Anas tertidur (Ibu tak boleh keluar dari bilik tidur masa ni, kalau Ibu keluar jugak, Anas akan menagis sekuat2nya. Abi pun tak dapat nak pujuk Anas masa ni. Anas nak Ibu jugak

Perkara yang Anas tak suka : Orang korek telinga dan hidung Anas, kena letak dalam walker dan booster chair (sebab tak bebas), orang lambat buat susu untuk Anas, orang cium pipi Anas masa Anas takde mood

Sunday, November 1, 2009

Anas ke Program SMART Solat

Assalamualaikum,
Semalam 31/10/2009 Anas berkesempatan bersama Abi di Surau At-Taqwa PETRONAS Methanol (Labuan). Program SMART Solat adalah anjuran Surau At-Taqwa (Abi Setiausaha Surau). Kehadiran peserta adalah seramai hampir 20 orang staff lelaki.

Anas ada ditengah-tengah peserta sambil bermain. Jangan ingat Anas tak dengar apa yang Ustaz sampaikan...Anas dengar, cuma Anas nak main je sekejap
Photo kat atas ni, Anas dengan Kak Amira Najwa, anak sulung Pakcik Amir yang merupakan orang kedua terkecil setelah Anas yang hadir untuk program ini.

Tup-tup..Anas keletihan dan tertido didalam Surau...nampak tak Anas yang katbelakang sana sedang tidur