Monday, February 23, 2009

Anas dan Stroller...

Alhamdulillah ...

Setelah penat mendukung Anas yang berat telah mencapai 7.1kg, Abi dan Ibu telah membelikan Anas stroller jenama LATIDO .Harga hampir RM300.00..


Senang lepas ni Abi dan Ibu nak bawa Anas jalan-jalan. Nak masuk tempat-tempat yang berlorong pun senang. Abi dan Ibu harap stroller ni dapatla digunakan hingga Anas besar dan digunakan untuk adik Anas pula.

Tuesday, February 17, 2009

Pengumuman

Alhamdulillah semalam Anas telah ditimbang dengan berat terkini adalah 7.1KG dan berada ditahap berat ideal untuk bayi berumur 4 bulan.

Berat juga 7.1KG ni. kalau kanak-kanak berumur darjah 3, mau tertiarap mengangkat Anas. Tadi pun masa mengaji ada seorang anak murid Abi terlungkup dek tak tahan dengan berat Anas. hahhaa dulu bolehla mereka mainkan Anas..sekarang Anas dah nak besar, Abi dah berapa kali minta Anas jadi guru mengajar ngaji ni..

Wednesday, February 11, 2009

Kenapa Abi memakai Kopiah?

(cetusan ini lahir setelah Abi ditegur oleh accessor semasa interview harini)
  1. Memakai serban atau kopiah adalah adat yang baik terutamanya kepada para ulamak' kerana serban merupakan pakaian tradisi para alim ulama'.
  2. Sesiapa yang memakai serban adalah telah memuliakan Rasulullah s.a.w., tetapi yang tidak memakainya tidak tercela.

Abi sempat memetik nukilan dari http://ibnurashidi.blogspot.com/2007/12/hukum-memakai-kopiah.html mengenai Hukum Memakai Kopiah dan Serban..

Jawapannya :-

Syeikh Athiyah Saqr menyatakan bahawa serban hanyalah adat orang-orang Arab untuk memelihara diri mereka dari cuaca panas. Manakala Rasulullah s.a.w. memakai serban sebagaimana adat dan kebiasaan kaumnya.
Memang banyak hikayat dan riwayat mengenai serban, namun kebanyakannya tidak layak dijadikan hujah untuk mensabitkan hukum.
Antaranya ialah hadis riwayat al-Tarmizi: “Sesungguhnya perbezaan antara kami dan antara orang musyrikin ialah memakai serban di atas kopiah.”

Antaranya hadis riwayat Ibnu Thiyalasi, Ibnu Abi Syaibah dan Ahmad bin Mani’ daripada Ali, bahawa Nabi s.a.w. memakaikannya serban pada hari Ghadir Khum.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya serban adalah sebagai batasan antara kufur dan iman.” Di dalam satu riwayat lain “sebagai batasan antara muslimin dan musyrikin”

Antaranya ialah hadis riwayat al-Thabrani daripada Abu al-Darda’: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya telah bersalawat ke atas orang-orang yang berserban pada hari jumaat.”
Syeikh Athiyah Saqr menyebutkan bahawa hadis berkenaan semuanya bertaraf dhaif.Ibnu al-Haj menyatakan bahawa memakai serban adalah daripada perbuatan mubah (bukan sunnah). Kerana Nabi s.a.w. memakai serban tidak menzahirkan padanya maksud qurbah (pengabdian kpd Allah/ibadah). Malah apa yang dizahirkan ialah menunjukkan maksud adat dan tabiat seperti makan, minum dan berpakaian.
Dalam kitab Zadul Maad menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. ada ketikanya memakai serban di atas kupiahnya dan adakala memakai kupiah tanpa serban atau memakai serban tanpa kupiah.


Syeikh Muhamad Abu Zahrah menyatakan bahawa ada sunnah terbahagi kpd 3, iaitu:-

1. Sunnah mu’akkadah, iaitu sunnah yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, dan baginda menyatakan bahawa ia bukanlah perkara fardhu. Contohnya seperti sembahyang witir, membaca surah dalam sembahyang selepas fatihah dsbnya. Sesiapa yang meninggalkan sunnah ini akan dicela oleh syarak, namun tidak sampai pada tahap menerima siksaan.
2. Sunnah ghairu mu’akkadah, iaitu perkara sunnah yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, Contoh, sembahyang 4 rakaat sebelum zohor, 4 rakaat sebelum asar dsbnya.3. Sunah selain dari keduanya. Iaitu perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kerana mengikut adat kebiasaan yang tidak ada hubungannya dengan tugas tabligh dari Allah, atau yang tidak ada hubungannya dengan penjelasan hukum-hakam syarak. Contoh seperti cara berpakaian, makan dan minumnya Rasulullah s.a.w., menyimpan janggut (sbhgn ulama’ mengatakan sunah atau wajib), mendadan misai di mana semua itu adalah adat dan kebiasaan yang baik. Sesiapa yang meneladaninya atau mengikutnya bermakna dia memuliakan Rasulullah s.a.w. Dan, sesiapa yang tidak mengamalkannya, maka dia tidak menerima ancaman dosa atau cercaan dari syarak. Barangsiapa yang menganggap bahawa adat kebiasaan Rasulullah s.a.w. adalah sebahagian dari agama, atau ia telah diperintakahkan secara pasti, bermakna ia telah melakukan bid’ah yang tidak ada dasarnya dari agama.
(Ruj: Syeikh Muhamad Abu Zahrah, Usul al-Feqh)
Masalah org tidak berkopiah adalah fasiq?
Ia adalah berkaitan dgn masalah muru’ah. Ia dapat dilihat berdasarkan kepada uruf ( keadaan ) dan adat setempat.
Pada zaman hang tuah, barangkali tidak perbuatan berkaki ayam ketika berjalan di kota adalah satu perbuatan biasa yang tidak dikeji. Namun sekarang ini, apabila seseorang itu berjalan di kampung atau di kota dengan berkaki ayam, sudah tentu ia adalah dikeji oleh masyarakat setempat. Ia dapat menjatuhkan muru’ah seseorang. Sedangkan memakai kasut atau berkaki ayam hanyalah perkara mubah dari adat kebiasaan manusia.
Begitu juga dengan berkopiah dan berserban.
Kesimpulan:-1. Rasulullah s.a.w. memakai serban atau kopiah bukan atas tujuan memberi hukum, tetapi kerana berdasarkan adat kebiasaan kaumnya.
2. Hadis-hadis yang menceritakan tentang serban kebanyakannya dhaif yang tidak layak dijadikan sebagai hujah hukum.
3. Sesiapa yang memakai serban adalah telah memuliakan Rasulullah s.a.w., tetapi yang tidak memakainya tidak tercela.
4. Memakai serban atau kopiah adalah adat yang baik terutamanya kepada para ulamak' kerana serban merupakan pakaian tradisi para alim ulama'.

Thursday, February 5, 2009

Faces of Muhammad Anas Firdaus


Kalau dah dapat masuk buai, tidur teruss....





Anas ada kerusi rotan dia sendiri tau. Tapi xblh duduk lagi. Kerusi tu besar. Dia pulak kecik.







Ni siapa punya kerja la ni..Mesti Ibu dia yg buat ni. Hehehe...

Dah mula masuk2kan jari dalam mulut. Apa2 saja benda yg dia blh capai, semua dimasukkan ke dalam mulut.

Mengeliat lepas bangun tido. Sedapnya...

Bon Apetite!

Harini Anas telah makan buat kali pertama. Sbnrnya Ibu nak tunggu sampai minggu depan (Anas akan genap 4 bulan next week), baru la nak bg Anas makan. Tp pagi td Nenek suapkan buah betik kpd Anas. Mmg selalu pun Atuk dan Nenek letak makanan kat bibir Anas. Saja je buat mcm tu. Bukannya nak bagi makan betul2 pun. Tapi pagi tadi, lepas Nenek suakan buah betik kat bibir Anas, Anas nangis pulak. Mcm nak makan lagi pulak. So Nenek pun cadangkan Ibu bagi Anas makan buah tu. Ibu pun ambik la buah betik yg dah d lenyek, dan bagi makan kat Anas. Agaknya mmg dah sampai waktu utk Anas makan kut. Dia tak plak nangis atau menolak makanan tu. Cuma ye lah, 1st time rasa makanan yg dia tak pernah rasa sblm ni, lg byk yg keluar dari yg masuk ke dlm mulut.






Cuba rasa sikit...Hmm, aneh rasanya...










Nak lagi! Nak lagi!(lepas 3,4 suapan)











Ibu dah siap2 beli mangkuk baby utk Anas. Mangkuk ni special sikit. Ada ruang utk lenyek makanan. Yang belah bawah tu makanan yg belum di lecek. Yang belah atas tu, makanan yg dah di lecek. Kat tengah2 tu, ada space yg ber'gigi' utk melecek/hancurkan makanan.








Habis kotor2 baby bib Anas...











Makanan dah habis dah....










Lepas makan, lap mulut dekat bib tu...Good boy....






Monday, February 2, 2009

Gambar-Gambar Anas terkini...

Anas tido dalam buai...


Anas juga tido kat mana-mana...
Untuk pengetahuan semua, Anas dah tak perlu pakai sarung tangan lagi. Sebab Anas dah pandai hisap-hisap jari. Sampai terkeluar air liur...sedap ke tu?
Harini dah hampir 3bulan 3minggu umur Anas...Syukur pada Tuhan, menganugerahkan kesihatan berpanjangan kepada Anas, Ibu dan juga Abi...
Lama juga tak dapat main tenet ni, sebab masaalah connection dengan WiFi..anyway, to all readers hope you all enjoy reading...