Assalamualaikum,
Anas ingin merekod beberapa kemahuan ibu semasa mengandungkan adik Anas ketika berusia 7 minggu (1 bulan 3 minggu):
1) Tak mahu makan nasi (ini bukan kemahuan)
2) Nak makan buah je...i.e : epal
3) Minuman : Air kichai (limau + asam boi), minuman manis2 je. Air kosong tak suka
4) Makanan utama : tiada..buah je buat masa ni
Ibu juga sentiasa loya dan ingin muntah setiap masa (walaupun jarang yang muntah). Pengalaman ini amat berbeza semasa mengandungkan Anas. ermm..ada kot, tapi lambat la sket. Ini terlalu awal...kembar kot..ops...
Bulan depan Ibu akan ke klinik Suria lagi untuk appointment dengan Doktor Lili. Rasanya dah boleh scan untuk tenguk adik Anas.
Aktiviti harian seperti sebelum ini agak terganggu sebab Ibu selalu rasa loya dan tak bermaya
Assalamualaikum,
Anas panjat tangga...sendiri. Untuk pengetahuan semua, Anas akan menaiki mana-mana anak tangga seperti ini. Anas belum pandai menaiki tangga dengan sempurna lagi
Anas bebas...bergerak dalam bangunan pejabat Abi..
Mana Abi ni?...
Jumpa aquarium pulak...
Alhamdulillah, Ibu mengandung lagi. Tadi pegi check kt klinik, doktor kata dh 5 minggu lebih dh. Expected delivery date ialah 21 oktober. Dekat2 je dgn birthday Anas. Moga2 semuanya berjalan lancar. Apa2 pun nnti Ibu akan update lg ya. Bye for now!
Assalamualaikum,
Kenalkah pembaca dengan siapa Anas bergambar ni?...
Beliau adalah Dr Danial Bin Zainal Abidin, merupakan seorang tokoh ilmuwan yang mendalami bidang Sains dan Islam. Seorang pengamal perubatan (Doktor) dan pada masa yang sama mendalami ilmu Islam.
Abi dan Anas menjadi tour guide semasa Dr Danial ke Labuan tempohari.Dr Danial datang bersama Makcik Salmiah (isteri) diatas jemputan PETRONAS Methanol (Labuan) untuk menyampaikan beberapa siri ceramah.
Antaranya ceramah yang sempat di sampaikan adalah "Islam dan Sains","The Golden Rules of Excellence, Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Labuan, kuliah magrib di Masjid Layang-Layangan dan ceramah motivasi di Kolej Matrikulasi Labuan.
Alhamdulillah, kami di Labuan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Dr Danial di Labuan. Daripada khutbah Jumaat hinggalah kuliah magrib, pertama kali melihat betapa ramainya umat islam hadir untuk mendengar. Sungguh di akui bahawa di Labuan agak kekurangan majlis-majlis ilmu. Bukan tiada langsung, cuma tak berapa kerap.
Alhamdulillah, sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur (to be exact Pulau Pinang), Dr Danial dan isteri berkesempatan singgah di rumah Anas..gambar ni diambil oleh Abi dirumah kami
Anas kena demam sejak dua hari lepas. Badan panas2. Bagi makan ubat dia takmau. Menjerit2 dia bila nampak syringe. Hehe. Dan Anas teramat2 manja masa tengah demam ni. Melekat je dengan Ibu, takmau lepas. Kesian tengok dia lemah dan tak berapa bersemangat. Harap2 Anas sembuh cepat, Insyaallah..
Assalamualaikum,
Sudah masuk tahun 2010...agak lama sudah Abi tidak menulis bagi pihak Anas. Too many things goings around. Anas pun dah semakin besar dan pandai banyak perkara. Berpusing-pusing (macam menari), tepuk tangan, angkat takbir untuk solat, berdoa, ameen,kejutkan Ibu bangun tidur, angkat rehal untuk mengaji dan show sign of thirsty (tunjuk jari kemulut).
Abi dan Ibu kagum dengan Anas yang amat cepat belajar sesuatu. Bila ditanya "Anas nak apa?,pasti jawapannya "minum"..
Sekarang ni Anas berada d Kota Kinabalu. Makan angin dengan Abi dan Ibu. Kami tinggal d Tune Hotel, 1Borneo. Sekarang ni tengah rehat di bilik hotel. Abi dan Ibu penat lepas berjalan tak henti2 dari pagi tadi. Anas tak perlu jalan, cuma duduk dalam stroller je. So tak la penat sangat. Hehe. Ok lah, Anas nak minum susu dulu ya. Bubyeee.. ~Anas Firdaus~
Assalamualaikum,
Di kesempatan ini, Anas, Abi dan Ibu ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada salah yang secara sengaja atau tak sengaja.
Kepada kerabat di labuan, Kuala Lumpur, Kelantan, Johor dan Sarawak ....SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....
Anas beraya di Labuan tahun ni
Minggu lepas Anas dah start pakai CD dah. Ibu beli 5 keping dulu untuk percubaan. Lepas ni boleh beli lagi CD sebab 5 keping tu memang tak cukup untuk Anas (sebab Anas kuat kencing).
Sekarang Ibu rasa lega sikit sebab sekurang-kurangnya Ibu dah bantu kurangkan penggunaan disposable diapers (semestinya semua orang tahu kan kesan buruk penggunaan lampin pakai buang kepada alam sekitar kita). Dah tak perlu pening2 kepala nak fikir kat mana nak buang DD Anas (sebelum ni setiap 2 hari sekali Abi terpaksa angkut DD2 Anas yang banyak tak ingat dunia tu, lepas tu buang kat tong sampah besar kat kedai runcit dekat2 rumah kami ni). Sekarang ni Abi dah tak payah nak angkut2 DD tiap2 pagi lagi dah.
Walaupun guna DD lebih senang sebab tak perlu nak basuh apa2, tapi rasanya lagi berbaloi cuci CD (tak susah pun nak cuci CD ni) daripada mencemarkan alam sekitar kan. Cuma Anas masih lagi pakai DD masa tidur malam (tak berani Ibu nak pakaikan Anas CD je masa tidur malam sebab takut bocor). Dan CD ni cute sangat designnya. Kadang2 Ibu tak pakaikan Anas seluar pun waktu siang sebab CD tu pun dah kira macam seluar dah. Memang Ibu puas hati la dengan CD ni. Mari kita beramai2 pakaikan anak2 kita dengan CD. Long live CD!! Hihi.. ~Ibu~
Sekarang ni gigi Anas dah ada 8 batang dah. Empat atas, empat bawah. Ada lagi 1 kat bawah bakal keluar. Comel betul gigi Anas. Gigi kat bawah tu kecik2 je. Yang kat atas lebar2. Hehe, kelakar tengok gigi atas Anas tu.
Anas sekarang ni dah pandai menggigit dah. Sakittt sangat kalau dia mengigit. Kadang2 Anas menggigit just for fun. Kadang2 kalau dia marah, dia akan menggigit jugak. Kalau dia menggigit masa dia tengah marah tu, sure sakit tak terhingga. Sampai terjerit2 Ibu kena gigit dek Anas. Dan yang paling Ibu tak suka kalau Anas gigit n*pp*e Ibu masa tengah menyusu badan. Sakit tau!
Untuk penjagaan gigi pulak, Ibu akan pastikan gigi Anas diberus setiap hari. Ibu dan Abi belikan berus gigi untuk bayi untuk Anas pakai. Kadang Anas tak mau Ibu berus gigi dia. Tapi most of the time dia akan bagi kerjasama dengan baiknya. Siap bukak mulut luas2 lagi supaya senang Ibu nak berus gigi dia. That's my boy!! Nanti Ibu nak beli berus gigi yang ada pemegang supaya Anas boleh belajar berus gigi dia sendiri pulak. Sebab sekarang ni pun Anas suka main dengan berus gigi Ibu. Siap letak kat gigi dia lagi. Maknanya dia nak berus gigi dia sendiri la tu kut kan? Agaknya la. Hehhe




