Friday, March 20, 2009

New Bottles for Muhammad Anas Firdaus

Sejak akhir2 ni berita tentang botol susu bayi mengandungi bahan kimia industrial iaitu Bisphenol-A (BPA) makin tersebar luas. Utk maklumat lebih lanjut tentang BPA ni, sila layari website seperti plasticfreebottles.com, thedailygreen.com, bisphenol-a.org dan banyak lagi.

Kalau di Kanada, botol2 yang mengandungi bahan kimia BPA ni telah pun diharamkan pengeluarannya. So alternatif lain yang ada utk ganti botol berBPA ni ialah botol minuman stainless steel(botol susu stainless steel utk baby pun ada!), botol kaca atau botol plastik bebas BPA.


Jadi bila dah baca ttg bahaya bahan kimia ni dan dapat tahu pulak yg most baby bottles contain this chemical, Ibu dan Abi pun order la botol susu bebas BPA dari internet (kat Labuan ni takde jual botol susu kaca atau yang diperbuat dari BPA-free plastic). Dan semalam botol tu selamat sampai ke ofis Abi. Skrg botol2 susu Anas yang lama Ibu dah simpan dan skrg Anas hanya akan guna botol susu yang bebas dari BPA sahaja.


Kepada ibu dan bapa yang ada anak kecil yang masih menyusu, Ibu dan Abi harap2 sangat agar anda cari maklumat tetang BPA ni dan ambil tindakan yang segera mengenainya. Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment