Sunday, November 8, 2009

Hujan oh hujan

Sejak dua menjak ni, cuaca di Labuan amatlah panas. Malam pun panas. Amatlah tidak selesa untuk melakukan aktiviti dalam cuaca yg panas ni. Yang kesiannya Anas la, badan dia sampai naik ruam2 sebab cuaca panas tu.

Biasanya kalau cuaca panas macam ni, dlm pukul 12 tengahari atau pukul 1 petang Ibu akan mandikan Anas sekali lagi sebab by that time badan Anas dah berpeluh2 dah. Lepastu pakaikan baju baru yang kering dan selesa, then sapu medicated powder kat tempat yang beruam tu. Insyaallah kalau badan Anas dah fresh dan tak berpeluh, ruam2 tu akan hilang dengan sendirinya.

Dan semalam, Allah melimpahkan kurnia-Nya dengan menurunkan hujan ke bumi Labuan. Alhamdulillah, sejuk sikit rasanya. Nikmat sungguh rasanya bila angin sejuk masuk dari tingkap. Nyaman sekali...

No comments:

Post a Comment