Sunday, February 14, 2010

Anas dan Dr Danial Bin Zainal Abidin

Assalamualaikum,
Kenalkah pembaca dengan siapa Anas bergambar ni?...
Beliau adalah Dr Danial Bin Zainal Abidin, merupakan seorang tokoh ilmuwan yang mendalami bidang Sains dan Islam. Seorang pengamal perubatan (Doktor) dan pada masa yang sama mendalami ilmu Islam.

Abi dan Anas menjadi tour guide semasa Dr Danial ke Labuan tempohari.Dr Danial datang bersama Makcik Salmiah (isteri) diatas jemputan PETRONAS Methanol (Labuan) untuk menyampaikan beberapa siri ceramah.

Antaranya ceramah yang sempat di sampaikan adalah "Islam dan Sains","The Golden Rules of Excellence, Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Labuan, kuliah magrib di Masjid Layang-Layangan dan ceramah motivasi di Kolej Matrikulasi Labuan.

Alhamdulillah, kami di Labuan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Dr Danial di Labuan. Daripada khutbah Jumaat hinggalah kuliah magrib, pertama kali melihat betapa ramainya umat islam hadir untuk mendengar. Sungguh di akui bahawa di Labuan agak kekurangan majlis-majlis ilmu. Bukan tiada langsung, cuma tak berapa kerap.

Alhamdulillah, sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur (to be exact Pulau Pinang), Dr Danial dan isteri berkesempatan singgah di rumah Anas..gambar ni diambil oleh Abi dirumah kami

No comments:

Post a Comment