Saturday, August 21, 2010

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat PETRONAS Kebangsaan Bintulu, Sarawak 24-25 Julai 2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Abi telah selesai menyertai Tilawah Quran Peringkat PETRONAS Kebangsaan, bahagian Hafazan (dapat saguhati). Mewakili PETRONAS Sabah/Labuan. Sebanyak 6 region telah menyertai termasuk International (Arab saudi, Myanmar, Indonesia). Kali ini Anas dan Ibu tidak bersama abi di Bintulu. Abi pergi seorang je.

Berikut adalah gambar-gambar kenangan Abi semasa di Bintulu. Jangan terkejut jika anda melihat gambar Abi bersama Adik Muhammad (finalis Akademi Al Quran, tempat ke-2). Ayah Adik Muammad merupakan staff PETRONAS (mewakili KLCC Region,mengambil bahagian dalam kategori Murattal dan mendapat Johan). Adik Muhammad juga sebelum ini adalah peserta kategori kanak-kanak dan telah memenangi beberapa kali sebelum ini. Ada juga gambar bersama peserta Indonesia.

Ada juga gambar Abi bersama Muadz (artis yang membuat persembahan pada hari penutup). Best lagunya, jika nak dengar, sila dapatkan cd original di pasaran.

Dan ada juga gambar Prof Dr Sidek Baba (Professor Pendidikan UIA) yang menyampaikan ceramah pada hari penutup.

keluarga Adik Muhammad (ayahnya En Zahid dan Ibu)
Bersama Muadz
Prof Dr Sidek Baba...

Bersama salah seorang peserta Hafazan mewakili Sarawak (Akhi Dzaidin)..

Bersama Bapak...(lupa plak namanya)

1 comment:

  1. Salam. Boleh beri Sy info bgimana nak sertai pertandingan ini. Saingan nya dimana.. Utk hafazan kanak2 perempuan.. Dah lama Sy cari 0145059505

    ReplyDelete