Sunday, March 20, 2011

20 March 2011 - Anas & Luqman

Assalamualaikum wbt..



Atuk dan Nenek sekarang berada di Mekah, menunaikan umrah. Anas dirumah bersama Ibu, Abi, Adik Luqman dan Pak Uchu. ni nak cerita sikit....

Cerita Anas,


Anas sudah berusia 2 tahun 5 bulan. Pandai dah mengenal binatang-binatang yang ditunjukkan diflashcard. kalau minta ulang, Anas boleh menyebut dengan betul..terutama "anak tupai", sebab lagu anak tupai ni adalah lagu dikir barat kelantan yang amat popular, dan ibu bersama kumpulan nurse-nurse x-ray pelatih semasa ibu di Johor dulu pernah membuat persembahan dengan lagu ini.

Cerita Luqman,

Luqman sudah berusia 4bulan lebih. Dah pandai berpusing badan meniarap tapi masih belum makan.hanya susu badan.beratnya tak berapa naik dan berapa turun, maintain. gigi belum tumbuh, tetapi dah ada rasa gatal-gatal gusi tu. sebab dia selalu gigit jari orang dengan gusi.

rambutnya dibelakang lambat sikit bertambah berbanding rambut diatas dan ditepi. Makan dek bantal kata orang tua-tua.

No comments:

Post a Comment