Friday, January 14, 2011

Anas dan Luqman...

Assalamualaikum wbt,

Sudah lama tidak bersentuh rupanya blog Anas ni. Bukan apa, seperti orang-orang lain juga kebanyakan masa digunakan untuk bermain dengan anak-anak. Perangai pulak berbagai-bagai....Anas dengan manjanya, Luqman dengan merengeknya.


Kebelakangan ini Anas tidur agak lambat. Pernah lambat sampai jam 2pagi . Penat Abi dan Ibu pusing satu Labuan dengan kereta nak bagi Anas tidur.

Luqman pulak, tak banyak sangat karenah cumanya selalu muntah selepas minum susu Ibu. Belakang digosok sampai "burp" pun masih juga muntah. Ada juga bertanya kepada pakar-pakar. Tetapi hampir kesemuanya mengatakan kedudukan bayi semasa menyusu. Tapi Anas dulu tak pun jadi macamni, kedudukan menyusu pun sama jugak...

Kadang-kadang... Anas jealous (maybe the right word) to explain bila Abi nampak Anas macam nak cucuk-cucuk kepala Luqman..Takut jugak kadang-kadang. tapi bila dibiarkan Luqman atas rocker, pastu minta di buaikan Luqman, pernah la di buaikan.
Tidur, tak boleh letak mereka sebelah menyebelah(macam dalam gambar tu la), Anas tu bukan tidur tu. Dia tak mahu tidur sebelah adiknya..hermm...Tapi adiknya suka bila duk sebelah..

Doa Abi dan Ibu, Semoga kedua-dua cahaya mata ini menjadi anak-anak yang beriman,berilmu,bertaqwa dan beramal soleh. Semoga fasih lidah dengan bacaan Al-Quran dan menjadi hafiz Al-Quran..Ameen Ya Allah

No comments:

Post a Comment