Wednesday, February 11, 2009

Kenapa Abi memakai Kopiah?

(cetusan ini lahir setelah Abi ditegur oleh accessor semasa interview harini)
  1. Memakai serban atau kopiah adalah adat yang baik terutamanya kepada para ulamak' kerana serban merupakan pakaian tradisi para alim ulama'.
  2. Sesiapa yang memakai serban adalah telah memuliakan Rasulullah s.a.w., tetapi yang tidak memakainya tidak tercela.

Abi sempat memetik nukilan dari http://ibnurashidi.blogspot.com/2007/12/hukum-memakai-kopiah.html mengenai Hukum Memakai Kopiah dan Serban..

Jawapannya :-

Syeikh Athiyah Saqr menyatakan bahawa serban hanyalah adat orang-orang Arab untuk memelihara diri mereka dari cuaca panas. Manakala Rasulullah s.a.w. memakai serban sebagaimana adat dan kebiasaan kaumnya.
Memang banyak hikayat dan riwayat mengenai serban, namun kebanyakannya tidak layak dijadikan hujah untuk mensabitkan hukum.
Antaranya ialah hadis riwayat al-Tarmizi: “Sesungguhnya perbezaan antara kami dan antara orang musyrikin ialah memakai serban di atas kopiah.”

Antaranya hadis riwayat Ibnu Thiyalasi, Ibnu Abi Syaibah dan Ahmad bin Mani’ daripada Ali, bahawa Nabi s.a.w. memakaikannya serban pada hari Ghadir Khum.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya serban adalah sebagai batasan antara kufur dan iman.” Di dalam satu riwayat lain “sebagai batasan antara muslimin dan musyrikin”

Antaranya ialah hadis riwayat al-Thabrani daripada Abu al-Darda’: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya telah bersalawat ke atas orang-orang yang berserban pada hari jumaat.”
Syeikh Athiyah Saqr menyebutkan bahawa hadis berkenaan semuanya bertaraf dhaif.Ibnu al-Haj menyatakan bahawa memakai serban adalah daripada perbuatan mubah (bukan sunnah). Kerana Nabi s.a.w. memakai serban tidak menzahirkan padanya maksud qurbah (pengabdian kpd Allah/ibadah). Malah apa yang dizahirkan ialah menunjukkan maksud adat dan tabiat seperti makan, minum dan berpakaian.
Dalam kitab Zadul Maad menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. ada ketikanya memakai serban di atas kupiahnya dan adakala memakai kupiah tanpa serban atau memakai serban tanpa kupiah.


Syeikh Muhamad Abu Zahrah menyatakan bahawa ada sunnah terbahagi kpd 3, iaitu:-

1. Sunnah mu’akkadah, iaitu sunnah yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, dan baginda menyatakan bahawa ia bukanlah perkara fardhu. Contohnya seperti sembahyang witir, membaca surah dalam sembahyang selepas fatihah dsbnya. Sesiapa yang meninggalkan sunnah ini akan dicela oleh syarak, namun tidak sampai pada tahap menerima siksaan.
2. Sunnah ghairu mu’akkadah, iaitu perkara sunnah yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, Contoh, sembahyang 4 rakaat sebelum zohor, 4 rakaat sebelum asar dsbnya.3. Sunah selain dari keduanya. Iaitu perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kerana mengikut adat kebiasaan yang tidak ada hubungannya dengan tugas tabligh dari Allah, atau yang tidak ada hubungannya dengan penjelasan hukum-hakam syarak. Contoh seperti cara berpakaian, makan dan minumnya Rasulullah s.a.w., menyimpan janggut (sbhgn ulama’ mengatakan sunah atau wajib), mendadan misai di mana semua itu adalah adat dan kebiasaan yang baik. Sesiapa yang meneladaninya atau mengikutnya bermakna dia memuliakan Rasulullah s.a.w. Dan, sesiapa yang tidak mengamalkannya, maka dia tidak menerima ancaman dosa atau cercaan dari syarak. Barangsiapa yang menganggap bahawa adat kebiasaan Rasulullah s.a.w. adalah sebahagian dari agama, atau ia telah diperintakahkan secara pasti, bermakna ia telah melakukan bid’ah yang tidak ada dasarnya dari agama.
(Ruj: Syeikh Muhamad Abu Zahrah, Usul al-Feqh)
Masalah org tidak berkopiah adalah fasiq?
Ia adalah berkaitan dgn masalah muru’ah. Ia dapat dilihat berdasarkan kepada uruf ( keadaan ) dan adat setempat.
Pada zaman hang tuah, barangkali tidak perbuatan berkaki ayam ketika berjalan di kota adalah satu perbuatan biasa yang tidak dikeji. Namun sekarang ini, apabila seseorang itu berjalan di kampung atau di kota dengan berkaki ayam, sudah tentu ia adalah dikeji oleh masyarakat setempat. Ia dapat menjatuhkan muru’ah seseorang. Sedangkan memakai kasut atau berkaki ayam hanyalah perkara mubah dari adat kebiasaan manusia.
Begitu juga dengan berkopiah dan berserban.
Kesimpulan:-1. Rasulullah s.a.w. memakai serban atau kopiah bukan atas tujuan memberi hukum, tetapi kerana berdasarkan adat kebiasaan kaumnya.
2. Hadis-hadis yang menceritakan tentang serban kebanyakannya dhaif yang tidak layak dijadikan sebagai hujah hukum.
3. Sesiapa yang memakai serban adalah telah memuliakan Rasulullah s.a.w., tetapi yang tidak memakainya tidak tercela.
4. Memakai serban atau kopiah adalah adat yang baik terutamanya kepada para ulamak' kerana serban merupakan pakaian tradisi para alim ulama'.

5 comments:

  1. Ditegur oleh accessor... hmmm. Agaknya kita semua kena membuka minda bahawa apa juga yang dipanggil kopiah/songkok/tarbus/ketayap dsb adalah penutup kepala untuk orang lelaki bukan hanya Muslim tetapi juga non-muslim. Tapi rata-rata walau dalam agama apapun, didapati lelaki yang menutup kepala dengan topi yang berbagai nama ini adalah dari golongan yang lebih arif dalam agamanya atau dipanggil ulama. Rasanya tidak salah sekiranya cara berpakaian seseorang itu dapat menjadikannya insan yang lebih baik.

    Cuba kita renungkan petikan dibawah ini:-

    Muslim
    Sesetengah Muslim memakai persamaan kippah yang dipanggil kufi. Asal usul dari amalan ini, dan sebarang amalan lain dari lelaki menutup kepala mereka dengan berbagai pakaian kepala, merupakan sunah umum (atau amalan normatif /contoh) dari Nabi Muhammad s.a.w untuk menutup satu kepala. Hingga masa lebih baru-baru ini, lelaki dalam kebanyakan Muslim tak pernah dilihat tanpa kepala yang ditutup. Satu kui menutup kebanyakan kepala. Menutup kepala dilihat oleh Muslim untuk mengatasi banyak tradisi keagamaan, mengesahkan kepercayaan Muslim dalam amalan asal usul Ketuhanan, laksana, menurut kepercayaan Muslim, semua Nabi Tuhan berkhutbahkan pesanan asas yang sama dengan perbezaan kebudayaan dan ubahsuaian sosial sepanjang masa. Akhirnya, kufi moden yang dipakai oleh Muslim adalah analog kepada kippot yang dipakai oleh Yahudi peka samada di Timur Tengah atau tempat lain. Yahudi dari Timur tengah kemungkinan mengambil banyak dari pakaian mereka dan pakaian kepala dari masyarakat yang lebih luas dimana yang mereka tinggal. Maka itu, tiada perbezaan dari jiran Muslim mereka dan senegara sepanjang masa, kippah ini boleh dilihat sebanyak-banyak produk TImur Tengah dan fabrik sosial luasnya dari ko-kewujudan sebagai analognya (dari segi penutup kepala, iaitu Kufi.

    Doppa, satu ketayap petak atau bulat yang berasal dari Kaukasus dan dipakai oleh Tatar Kazan, Uzbek dan Uighur adalah contoh satu lagi dari ketayap Muslim. Doppa ini dipemerolehan dari Turkik, lebih bertopi muncung purba, dimana boleh dilihat dalam sesetengah potret dari Jalaleddin Mingburnu.

    Muslim konservatif di Malaysia, terutamanya di kawasan pedalaman, adalah selalu dilihat memakai "kopiah" nipis, dimana hampir menyerupai seperti kippah dari penampilan luar.


    Druze
    Asal usul Druze, dimana tertibnya dipanggil Mowwahidun, merupakan Muslim tak ortodoks, walaupun agak bermisteri. Pengikut dari iman ini tradisinya menganggap diri mereka bukan Muslim mahupun sebarang lain dari Mowwahid. Status mereka sebagai Muslim pembelot dipertiakikan oleh majoriti komuniti Muslim. Penggunaan Mowwahidun dari pakaian kepala juga agak sama; sesetengah Druze Mowwahidun juga memakai samada fez, satu gabungan serban-fez, atau ketayap kotak pil (dipanggil sebagai Bokhara, selepas bandar Bokhara ini di Khazakstan).


    Zoroastria
    Pakaian kepala satin hitam yang dipanggil atau dikenali sebagai Fenta atau Topi merupakan ketayap bentuk-kotak pil, yang dipakai oleh Zoroastria Zarathushtris. Seperti doppah, ia kemungkinan besar yakni fenta/topi mungkin mempunyai pengaruh pada kegunaan kippa. Ia dianggap dalam agama Zarathushtri menjadi kepentingan utama dalam perolehan Urvaan, persamaan Zorostria dari Nirvana agama Buddha. Dalam masa lebih awal, satu teramat bentuk-piring, kipah jalur merah dan putih merupakan tanda piawai dari Zarathushtri. Atas terima kasih kepada Dr. Hoshang Bhada, paderi dan ilmiawan Zorostria.


    Unitaria
    Unitaria yang tergolong kepada pergerakan kesedaran Yahudi Unitaria-Universalis pasti mungkin memakai kippah dan malah sesetengah Yahudi bukan-Unitaria bahagian Kristian Diyahudikan di Norway memakai kippah pada Shabbat dan hari perayaan khas lain. Sesetengah Unitaria di Norway tinggal dan menjalankan satu isi rumah.


    Katolik
    Zucchetto (Itali untuk "kundur kecil") dari Gereja Katolik Rom adalah berdasarkan pada rekaan kippah yang amat kuno. Topi ini tradisinya dipakai oleh ahli ulama dan warnanya menandakan peringkat pemakainya; Paus memakai topi putih; Kardinal merah; Biskop, baik juga biara dan pralate, ungu; Deakon dan Paderi, hitam, walupun amalan ini amat jarang dikalangan diokesan dan paderi perintah keagamaan.

    Penggunaan dari topi dipinjam dari Yahudi sebagai adat, kadangkala sekitar abad ke-5 M--tetapi semasa hari awal Penyiasatan ia juga alatan paling berguna untuk mengenalpasti Yahudi: ulama Katolik sentiasa menanggal zucchetto pada kehadiran pengagung mereka, manakala Yahudi takkan tanggal atau cabut kipot mereka. Tambahan pula, orang awam Katolik mungkin tidak memakai ketayap, manakala semua Yahudi mungkin memakaikan itu.


    Buddha
    Paderi Buddha di China memakai bao-tzu (lebih umumnya dikenali sebagai mao-tzu), ketayap klasik yang paling seperti tradisi Yahudi. Di Jepun, topi ini lebih dalam bentuk kotak pil dan dipanggil bosa. Walaupun tidak berkepentingan kepaderian, ketayap Buddha ada menandakan sesuatu tentang darjat paderi dalam komuniti.


    Sekular
    Switzerland adalah tanahair kepada ketayap Cawan-dan-Cincin (atau Kuppa-unt-Hinge), satu topi straw dengan bunga disulam, satu pom-pom kecil di tengah, dan jalur baldu yang dijahit sekitarnya dalam cincin. Topi ini dipakai oleh pengembala untuk tuah dan oleh lelaki sudah kahwin (untuk kesuburan).

    ReplyDelete
  2. Thanks Uchu for the comment. Very good and informative.

    Berani kerana benar, tak salah tak perlu takut..tak naik pangkat kerana di diskriminasi pun takpa. Rezeki dari ALLAH SWT bukan dari accessor. Dulu masa interview masuk PETRONAS, accessor tu ada yang pakai kopiah dan Fatihee sendiri kena interview dengan Manager PETRONAS Ammonia Kerteh juga bertudung labuh (macam ustazah)

    ReplyDelete
  3. Hari demi hari makin ramai orang yang boleh terima pemakaian kopiah di tempat kerja. Sama macam kes janggut panjang. Kene ada pihak yang istiqamah untuk berani buat pembaharuan. Baru makin ramai pihak akan buka fikiran dan mula terima. InsyaAllah.

    Ini bukan masalah sunat, kalau buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa. Ini hanya keinginan yang timbul di hati untuk ikut amalan kekasih Allah. Apa nabi s.a.w. buat, kita nak buat. Simple as that. Dan bukanlah org yg tak buat tu kita judge yg tak baik kat diorang. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. Memakai serban itu sunnah.....fahammmmmmm

    ReplyDelete
  5. Kita kena bezakan antara sunnah dan sunat. Sunat tu hukum buat boleh pahala, tak buat tak dak apa-apa. SUNNAH ialah cara hidup nabi SAW yang kita perlu ikut untuk membuktikan kita sebagai umat nabi SAW. Setiap apa yang nabi cakap, buat dan diam itu adalah wahyu daripada ALLAH untuk pengajaran dan ikutan kita. Inilah yang dikatakan MUHAMMADUR RASULLULLAH yang kita duk ucap tu, inilah amalannya. Kalau kita tak ikut SUNNAH nabi SAW, maka kita tak ikut cara hidup nabilah, jadi kita mungkin akan ikut cara hidup YAHUDI, MAJUSI atau NASORO, dan dikatakan barang siapa yang mengikut satu kaum, maka dia akan dibangkitkan bersama kaum tersebut dihari akhirat nanti. Tu yang kita perlu takut. Jadi untuk kita dapat bangkit bersama dengan nabi SAW, mau tak mau kita kenalah ikut cara hidup nabi SAW yang totali berbeza dengan cara hidup cara hidup yang lain, dan SUNNAH nabi ni boleh di amalkan oleh semua manusia kecuali bagi mereka-mereka yang tak mau, tak boleh buat apalah. Contoh serban baru RM9.00 je, kopiah RM5.00 je, jubah atau gamis RM40, 50 berlambak ada. Baju yahudi (Kemeja) yang kita selalu pakai tu pun kadang2 mencecah ratusan ringgit. Jadi apa alasan kita tak nak ikut sunnah nabi SAW. Yang saya nampak alasan kita adalah sunnah ni kolot, pakai kopiah macam pak lebai, tak segak (macam John Travolta), pakai jubah tak kemas macam OBAMA dan sebagainya lah. Kita menganggap cara hidup yang lain yahudi, majusi dan nasoro itu lebih uptodate dan sesuai dengan masa sekarang, tu saja. Jadi fikirkan lah sendiri apa yang saya utarakan ini....

    ReplyDelete