Saturday, January 10, 2009

Ibu belajar menjahit...

Assalamualaikum w.b.t,


Berita Pertama:
Alhamdulillah harini (10.01.2009) Ibu dah start kelas belajar menjahit. Dah lama Ibu nak belajar menjahit tu. Buku2 menjahit dah di beli semasa Anas dalam kandungan lagi. tapi Ibu tak berkesempatan dulu kerana bekerja. Tetapi sekarang Ibu dah tak kerja lagi. Jadi full-time housewife a.k.a suri rumah sepenuh masa.

Anas tadi Abi bawa jalan-jalan ke pasar. Nak tenguk peluang perniagaan. hehee...Abi terfikir nak jual tudung-tudung dari Kelantan dan juga minuman special; Coconut Shake(famous kat kelantan ni).

Berita Kedua:
InsyaALLAH bulan February nanti Anas,Abi dan Ibu akan berpindah kerumah baru di Kampung Sg Bedaun (10minit perjalanan dari rumah Atuk sekarang). Rumah tu Abi beli dari Atuk. Rumah flat je tapi besar gak. So lepas ni kalau ada saudara-mara dari Malaya (Semenanjung), Netherland atau Kelantan nak datang Labuan, jangan susah payah nak sewa hotel ya. InsyaALLAH selagi termampu, boleh tinggal kat rumah Anas je ye.



Erm...berikut adalah gambar-gambar peralatan menjahit yang Ibu minta postkan di web ni. Barang-barang ini bukan untuk dijual ya...

4 comments:

  1. A'kum buat semua di sana,the very first time nak comment kat blog ni..bila tatap wajah Anas rupa macam ibu dia..orang tua2 kata sejuk perhubungan ibu dan abi anas..insyaallah..dan syidah kalau dah pandai menjahit tu boleh lah testing jahit baju kami kat sini..

    ReplyDelete
  2. Thanks for Nenek Mami sudi menziarahi blog Anas ni. InsyaALLAH Anas juga mendoakan agar kedua-dua orang tua Anas (Abi dan Ibu)dikekalkan hubungan dan diberkati sehingga akhir hayat mereka.

    Nenek Mami
    Ibu pesan "Boleh tak minta Apple Pie Resepi" yang Nenek Mami buat dulu. Ibu cakap sedap.

    ReplyDelete
  3. Nak tegelak knapa pulak? Cik Ama Anas akan panggil Nek Ama la kan? Kuikuikui...

    ReplyDelete