Tuesday, January 13, 2009

Abi menulis : Susah ke Membesarkan Anak?

Assalamualaikum,

Giliran Abi untuk menulis di blog Anas. Abi mulakan dengan tajuk yang berbentuk persoalan. Susah ke membesarkan anak (atau anak-anak bagi yang ramai anak?).

Abi mulakan dengan gambar Ibu semasa mengandungkan Anas. Masa gambar ni diambil, Anas sudah pandai menendang-nendang. Ibu masih larat pergi kerja. Morning sickness masa awal-awal 3-4 bulan melarat sehingga kadang-kadang Ibu ambil cuti sakit.


Ibu mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah Anas sudah berumur 8 bulan lebih didalam kandungan. Dan tibalah masanya Anas keluar kedunia.

Masa ni ada beberapa perkara yang unik (pada Abi la):

  1. Anas susah sangat nak bukak mata(tido la tu). Abi cuba paksa Anas bukak mata tapi Anas bukak jap, then tutup balik.
  2. Sarung tangan,sarung kaki,baju dan seluar semua bersaiz besar dari Anas. Cuba tenguk sarung tangan tu, memang selalu tercabut sebelah dan kalau angkat Anas je, tercabut kedua-dua sarung tu. Memandangkan Anas lahir dengan kilogram yang kecil (2.56kg) Abi rasa ok la tu.
  3. Pipi blushing. Mengikut kata-kata orang-orang Anas ni berkulit cerah seperti Ibu. Abi sedikit gelap(di akui benar). Jadi awal-awal lahir memang nampak sangat kemerahan ala ala warna pink.
  4. Anas bangun awal pagi dan tiada waktu tidur dan bangun yang khusus. Ibu dan Abi yang tiada pengalaman ni, merahla mata-mata diawal pagi. Abi plak kadang-kadang (tak selalu) terlewat ke office.

Abi tak pasti pengalaman diatas dilalui oleh semua orang atau tidak. Ada pernah Ibu bagitahu yang ada orang kampung yang terus bagi makan anaknya yang berusia belum lagi sebulan untuk memudahkan Anaknya tidur(rasanya mudahkan maknya tidur kot). Tapi end up masuk wad baby tu.

Cerita pasal susah ke tak membesarkan anak, pada Abi it depends on own experiences. Pada IbuBapa yang di anugerahkan puteri atau putera tanpa sebarang kesulitan, panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH SWT dan;

Juga pada IbuBapa yang ALLAH SWT anugerahkan putera atau puteri tetapi terpaksa melalui kesulitan diwaktu kecilnya, insyaALLAH akan digantikan ALLAH SWT dengan kesenangan dihari kemudian (Al-Inshirah : 4-5)

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

7 comments:

  1. Aha.... susah nak membesarkan anak? Susah lagi nak mengandungkan dan melahirkan sebenarnya. Can imagine something is moving in your body?The changes of emotion, the hormone, body size/ appertite etc,etc.Every moment, minutes, hours, days, one will worry of what is happening inside her body.... So to have a baby, parents must be prepared mentally, emotionally and physically months before decide to conceive. Must read a lots of parental books. Petua nenek, "nak dapatkan anak yang sihat, ibu tak boleh susah hati masa mengandung". Oleh itu bapa-bapa mesti pastikan ibu-ibu gembira sepanjang kehamilan.

    ReplyDelete
  2. Tu yang Abi tak dapat rasa. Abi masih ingat malam sebelum Ibu melahirkan Anas, Ibu tak dapat tidur. Sekejap berdiri sekejap duduk.Abi dah tak dapat menhana mengantuk, tertidur. Rupa-rupanya Ibu tak dapat jugak tidur. kata Ibu, sampai terduduk di lantai menahan sakit. Menangis sampai kering airmata.

    Hadis:Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

    "Ya ALLAH jadikanlah kami,anak kami dan anak-anak yang telah dilahirkan kedunia ini memahami dan mengerti betapa peritnya Ibu melahirkan kami.Jadikanlah kami orang-orang yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan IbuBapa kami"

    Hadis:Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

    ReplyDelete
  3. Ramai dari kalangan lelaki melayu/islam yang leak of pre-natal and post natal knowledge..sebelum berkahwin di wajib kan ber kursus untuk dapat kan sijil,lulus terus kahwin..pengisiannya apa?topik yang di sentuh tak menyeluruh..dan ramai di kalangan kaum lelaki kita merasa kekok untuk menjaga isteri dan anak dalam pantang..sebab nya kurang ilmu..dan lagi satu yang menjadi satu tradisi turun temurun ia lah lepas tangan pada mak/mak mertua.......selesai masaalah..bukan kah islam mengajar kita supaya menuntut ilmu dalam bidang apa sekali pun...

    ReplyDelete
  4. Kenapa menjadi susah membela anak2....jawapan dan sebab2 nya ada kat atas...

    ReplyDelete
  5. Aa..memang benar kata Mami.dalam kursus kahwin tak sentuh pasal persediaan seorang "lelaki" untuk pre and post natal.

    ReplyDelete
  6. Memang betul kata Ucu tu...Dari mengandungkan, melahirkan, sampai membesarkan anak, mmg byk cabarannya. Mengandung sakit, melahirkan sakit, membesarkan pun sakit jugak (mungkin bukan secara fizikal tp secara mental). Mmg bukan perkara mudah semuanya ni. Lepas dh jadi Ibu ni, Syida jadi kagum kpd Mak, Nenek dan wanita2 lain yg bergelar Ibu, Ummi, Emak, Mama ataupun Mami. Patutla sewaktu melahirkan, dosa2 seorang wanita itu akan diampunkan oleh Allah Swt dan jka seseorang wanita itu meninggal dunia semasa melahirkan atau sewaktu dalam tempoh nifas, ianya dikira sbg mati syahid (dipetik dari ceramah Ustaz Ismail Kamus).

    ReplyDelete