Wednesday, January 7, 2009

Isu ini bukan hanya kepada orang Palestin

Assalamualaikum...

Semua maklum yang bersempena 1430H (Tahun Baru dalam Kalendar Islam) satu peristiwa yang telah menimpa umat Islam di Semenanjung Gaza; diserang israel laknatullah tanpa belas kasihan.

Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera (as of 07/01/2009)

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorang itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan.


Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya.
Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:
“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”

3 comments:

  1. Mana pergi Al Qaeda?. Alangkah bagus masa ini mereka tunjukkan simpati dan perihatin terhadap umat seagama. Dan inilah medan terbaik untuk mereka 'berperang.'

    ReplyDelete
  2. Tentera ISLAM di Palestin di kenali sebagai Izz ad-Din al-Qassam Brigades (linked to Al-Qaeda). Mewakili kerajaan HAMAS dan berjuang di atas dasar mempertahankan negara daripada tentera israel. Barat punya tuduhan (dek takutkan israel/jews) menyalahkan Briged Al-Qassam kerana menyerang balas tembakan israel. apa..mereka ingat Palestin tu negara israel ka?sekarang ni operasi "lalang" menghapuskan Palestinian di Gaza Strict. InsyaALLAH walaupun tekanan hebat kepada orang Islam Palestin mereka tetap mengucapkan kalimah "ALLAH Hu Ahad".

    ReplyDelete
  3. Kini fasa kedua serangan ke atas Gaza sedang rakus dijalankan oleh regim Zionis, dengan serangan darat mula masuk ke Gaza sejak hari Sabtu (3 Desember 2008) yang lepas. Lebih 500 orang terkorban, lebih 2,300 cedera parah dan hampir 13,000 telah kehilangan tempat tinggal.

    Serangan puak Zionis seolah-olah tiada kesudahan, dan angka kematian dilihat kian meningkat. Bantuan kemanusiaan semakin amat diperlukan di mana Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk mengalami kekurangan sumber makanan, air, elektrik dan minyak. Kumpulan perubatan terpaksa bergerak dalam keadaan bahaya di hospital dan klinik. Bantuan perubatan dari luar masih tersekat di sempadan Gaza.


    Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996, 03-2282 1996 (Muhammad). Sumbangan tunai akan disalurkan terus ke Muslim Aid Australia, dan pihak Muslim Aid Australia akan menguruskan sumbangan tersebut dengan bantuan makanan dan ubatan bersama organisasi tempatan di Palestin. 100% sumbangan tunai akan disalurkan untuk masyarakat Palestin.
    Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Muslim Aid Asia di
    EON Bank: 0518-11-000311-5 (Muslim Aid Asia Sdn Bhd)
    Sila pos/faks/emailkan slip pembayaran kepada pejabat Muslim Aid Asia dan nyatakan tujuan sumbangan untuk Bantuan Kemanusiaan Gaza

    ReplyDelete